PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Nik Aziz selamatkan Manek Urai..

Jika sebelum ini ada pihak berkata PAS mungkin tewas dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Kelantan. Ini adalah akibat dari agenda kerajaan perpaduan yang dibawa oleh beberapa orang pemimpin PAS sehinggakan ramai penyokong-penyokong PAS sudah hampir hilang kepercayaan kepada PAS. Namun yang nyatanya sekarang, keadaan sudah berubah.

Penyelamat besar bagi kerusi PAS DUN Manek Urai tidak lain tidak bukan adalah Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz b. Nik Mat.

Sebelum ini ramai yang kurang yakin akan kemampuan PAS untuk mengekalkan kerusi DUN tersebut akan tetapi dengan kenyataan tegas Mursyidul Am tersebut yang menolak agenda kerajaan Perpaduan diyakini telah berjaya mengembalikan sokongan rakyat terhadap PAS atau pun Pakatan Rakyat.

Malah Pengerusi DAP YB Karpal Singh sendiri yang selama ini selalu tidak sebulu dengan Tuan Guru Nik Aziz dikatakan memuji ketegasan Mursyidul Am PAS tersebut dan amat malang sekali bagi pemimpin-pemimpin PAS yang membawa agenda kerajaan perpaduan kerana mereka dikatakan tidak akan di terima kehadiran mereka di Manek Urai.

No Responses to “Nik Aziz selamatkan Manek Urai..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: