PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

PM dan sahabatnya Timbalan Presiden PAS..??

Malam tadi berita TV3 menyiarkan kenyataaan Perdana Menteri Datuk Najib Tun A.Razak yang mengatakan beliau percaya PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh Presiden PAS Hj. Abdul Hadi Awang.

Selepas itu muncul pula kenyataan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang menyambut baik respon Perdana Menteri dan mengatakan ianya adalah suatu respon yang besar dan serius dan akan segera memaklumkan berita itu kepada Presiden PAS yang sekarang berada diluar negeri.

Musuh tiba-tiba boleh mengatakan mereka percaya kepada kita adalah suatu perkara yang ganjil atau mungkin juga selama ini kita tidak tahu Perdana Menteri sebenarnya adalah sahabat kepada Timbalan Presiden PAS dan bukannya musuh.

One Response to “PM dan sahabatnya Timbalan Presiden PAS..??”

  1. renungkan perkara ni sebagai second opinion, bukan nak tambah kekusutan
    1. Antara idea 16 September dengan Unity Government, ada persamaan di sebalik perbezaan yang wujud. Satu idea daripada Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan idea unity government adalah cetusan idea Presiden PAS.

    2. Kedua-dua melibatkan kerjasama dengan PR dan juga BN/Umno secara peribadi demi mendapatkan kuasa. Kedua-dua pemimpin PR bersetuju bahawa tanpa BN/Umno, peralihan kuasa tidak boleh berlaku pada masa sekarang. Oleh sebab itulah, Tuan Guru Mursyidul Am menolaknya kerana melibatkan Umno, tambahan pula langkah 16 September dianggap tidak bermaruah. Namun, ada pihak yang cuba melegitimasikan bahawa itu adalah keperluan dalam suasana yang terdesak. Dururiah.

    3. Abdullah Ahmad Badawi dan BN/Umno naik kecut. Ahli Parlimen mereka dibawa melawat sambil belajar di Taiwan secara mengejut. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga turut bergegas ke Taiwan untuk cuba membuat rundingan. Jika ada ahli Parlimen BN/Umno yang setuju berpaling tadah semasa 16 September bermakna mereka `berkerjasama’ dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka akan dianggap sebagai perwira perjuangan Pakatan Rakyat. Tetapi 16 September berlalu seperti hari-hari yang selalu.

    4. Walaupun 16 September tidak berlaku. Untungnya, Anwar tidaklah dilanyak oleh pengikutnya. Namun yang lebih beruntung ialah Najib Tun Razak yang berjaya praktiskan idea tersebut di Perak. Tidak seperti nasib Presiden PAS, jadi cacamarba dalam parti. Idea unity government berhadapan dengan ketidaktentuan dalam membuat pandangan. Mengapa bersikap double standard apabila melihat dua isu yang sama? Aku percaya, semua ada hujah dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Membaca sesuatu perkara bermula dengan persepsi sendiri memang akan memperkukuhkan persepsinya. Di saat itulah idea seorang pengarang mati apabila tulisannya dibaca mengikut fikiran pembaca.

    5. Orang yang khatam Usul 20 Hasan al Banna, tidak faham-faham wala’ & siqah. Yang tak pernah reti apa itu menatang wala’ & siqah, boleh takjub dengan 16 September yang tak menjadi. Demokrasi katakan. Kita bebas bersuara.

    bagaimana?tolong cerna bagi hilang kekusutan.tak bole ka buat muzakarah tertutup dalam pas sebelum perkara menjadi parah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: