PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

PM..Mantan PM dah mengaku..

Perdana Menteri Datuk Sri Najib b. Tun A. Razak sudah mengakui kemelut politik Perak hanya boleh diselesaikan dengan diadakan pilihanraya semula dinegeri itu. Tetapi beliau memberi alasan ianya bergantung kepada Sultan Perak untuk menimbangnya.

BN tidak takut. Jika perlu berdepan dengan rakyat, kita akan berdepan. Kita sudah banyak kali berdepan dengan rakyat, tambah beliau lagi. Cakap memang senang, lidah tidak bertulang. Bila terpaksa berdepan dengan rakyat gunakan pasukan keselamatan seperti polis dan sebagainya. Boleh dikatakan beranikah kalau bersikap seperti itu?

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pula berkata tidak perlu diadakan pilihanraya dinegeri itu untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat. Menurut Mantan PM itu lagi, jika diadakan pilihanraya semula Pakatan Rakyat akan menang dan sebab itu BN tidak perlu memanggil pilihanraya negeri. Pilihanraya negeri itu hanya akan membazirkan wang rakyat, tambah beliau lagi.

Alasan yang sebenar-benarnya adalah memang sudah tahu tak boleh menang dan sudah mengaku pun. Kalau BN boleh menang awal-awal lagi pilihanraya diadakan dan tidak akan timbul soal pembaziran wang rakyat. Selama ini BN adalah kerajaan yang tidak membazirkah?

No Responses to “PM..Mantan PM dah mengaku..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: