PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for May 2009

Penanti begitu hambar..

May 24, 2009

Suasana pada hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Penanti semalam berlangsung begitu hambar. Ia  berikutan tindakan BN tidak menyertai pilihanraya kecil tersebut. Ada juga yang menyifatkan keadaannya sama seperti menziarahi orang mati malah ada juga yang berkata rupanya bila tidak ada  BN keadaan akan menjadi begitu aman. Orang ramai yang hadir kelihatan hanya berjalan-jalan sambil mengunjungi gerai-gerai atau berbual […]

Ceramah Mat Sabu di DUN Penanti..

May 23, 2009

Budak-budak main gelongsor, Main gelongsor di Mengkuang Titi, Calon Kita Dr. Mansor, Nanti jadi ADUN Penanti.. Demikian bunyi pantun yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Hj. Mohamad b. Sabu malam tadi sebagai mukadimah ucapan beliau dalam pelancaran gerak kerja Pemuda Keadilan untuk pilihanraya kecil Dun Penanti yang akan berlangsung pada 31 Mei, 2009 nanti. Beliau […]

Berlaku lagi pilihanraya kecil..

May 22, 2009

ADUN Manik Urai, Kelantan dari PAS, Ismail Yaacob meninggal subuh tadi. Ini bermakna pilihanraya kecil akan berlaku lagi. Melihat kepada kenyataan Perdana Menteri sebelum ini BN rasanya juga tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN tersebut kerana seperti yang pernah disebut oleh Perdana Menteri, pilihanraya kecil adalah permainan politik pembangkang dan pihak kerajaan juga tidak mahu […]

Penanti..kata tak mahu membazir..

May 22, 2009

Walau pun BN telah membuat keputusan untuk tidak menyertai pilihanraya kecil Dun Penanti dengan antara alasan yang diberikan ianya membazirkan wang rakyat, pihak Kerajaan Pusat yang dinaungi BN telah mula membina khemah-khemah pasukan keselamatan yang menelan entah berapa banyak wang rakyat di Dun Penanti. Setakat ini didapati ada dua tempat khemah-khemah itu didirikan, satu berdekatan […]

Cerita seorang sahabat dengan seorang Ulama..

May 20, 2009

Seorang sahabat telah menceritakan persahabatannya dengan seorang  pemimpin PAS (waktu itu) bertaraf  Ulama suatu ketika dahulu, sahabat tadi selalu mengikuti pemimpin tadi berceramah diserata tempat ditanahair kita. Cerita ini berlaku sekitar tahun 80 an. Pada suatu malam ketika dalam perjalanan pulang dari suatu tempat ceramah, pemimpin PAS tadi tiba-tiba merungut ‘apalah nasib kita ni? tengok Anwar Ibrahim, sekarang […]

Bila BN tak bertanding di Penanti, adakah..?

May 18, 2009

Bila BN  tidak meletakkan calon bagi pilihanraya kecil DUN Penanti, satu persoalan akan timbul..APAKAH BAYANGAN ALTANTUYA JUGA TIDAK AKAN MUNCUL DIHARI PENAMAAN CALON NANTI??

Dakwaan Ketua Dewan Ulama PAS mengejutkan..

May 18, 2009

Memang sungguh berat dan mengejutkan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang mendakwa terdapat pemimpin parti itu cuba mempengaruhi perwakilan dengan mengadakan jamuan dan pemberian baju. Sekiranya benarlah dakwaan tersebut sungguh malang kerana sebagai sebuah Parti Islam kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Setelah mendapat baharu sedikit kekuasaan […]

MU lawan Arsenal..kita terus dijajah??

May 17, 2009

Pergi minum disebuah gerai lepas maghrib tadi. Ramainya pelanggan digerai tersebut tidak kira tua muda, rupanya malam ini Manchester United (MU) lawan Arsenal. Minat juga bola tetapi tidaklah seserius masa remaja dahulu. Perlawanan itu berkesudahan dengan seri tanpa jaringan akan tetapi satu mata yang diperolehi cukup untuk menjulang MU menjadi juara. Berteriak sakanlah penyokong MU digerai tersebut macam […]

BN..Pakatan Rakyat berbincang??

May 15, 2009

Menurut laporan Malaysiakini hari ini Ketua Penerangan UMNO  Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata perbincangan BN-Pakatan Rakyat berhubung kemelut di Perak perlu berlandaskan kepada konsep ‘sama-sama menang’. Ianya perlu menguntungkan serta memberi kesejahteraan kepada rakyat Negeri Perak dan BN mahu memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Negeri itu, saya rasa rakyat Perak tidak mahu perbincangan yang mempunyai […]

Kumpulan ‘Erdogan’ juga tidak perlu wujud..

May 15, 2009

Golongan yang dinamakan ‘Kumpulan Erdogan’ juga tidak perlu wujud didalam PAS. Ada yang berkata kumpulan ini  cenderung kepada keinginan untuk  mengukuhkan Pakatan Rakyat.  Mengukuhkan pakatan didalam Pakatan Rakyat memanglah suatu perkara yang baik tetapi kumpulan Erdogan ini nampaknya lebih bertuankan Anwar Ibrahim dari pimpinan PAS sendiri. Yang menjadi persoalan mengapakah perlu ada pihak didalam PAS yang […]