PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Parlimen dibubar..

Menjelang dua hari sebelum Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh aku berpeluang berbual-bual dengan seorang Bekas Timbalan Menteri yang boleh dikatakan tokoh politik jugalah didalam negara kita . Topik perbincangan kami sudah semestinya mengenai peralihan kuasa 16 September ini.

Antara cerita yang aku dengar darinya adalah mengenai seorang rakannya yang juga merupakan seorang Ahli Parlimen BN telah mengadap Yang Dipertuan Agong baru-baru ini. Ahli Parlimen BN tersebut mengambil kesempatan ketika bersama Agong untuk bertanyakan kepada Tuanku bagaimanakah keadaannya jika benar-benar berlaku Pakatan Rakyat menguasai Parlimen nanti.

Menurut beliau lagi jawapan yang didapati dari Tuanku ialah Baginda akan menitahkan Parlimen dibubar dan mengarahkan pilihanraya umum diadakan semula. Tak tahulah kita samada cerita ini benar tetapi sekiranya apa yang diceritakan oleh Bekas Timbalan Menteri itu betul dan selepas itu peristiwa 16 September benar-benar berlaku nampaknya masih jauh lagilah perjalanan Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putrajaya.

No Responses to “Parlimen dibubar..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: