PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Anak Melayu, Cina, India adalah anak saya..

Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak apa pun bangsa dalam negara ini adalah anak saya. Demikianlah ucapan Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) yang terus mempersonakan rakyat Malaysia berbilang kaum ketika ini. Rasanya belum ada pemimpin negara ini yang pernah berkata demikian, boleh dikatakan ucapan inilah antara penyebab beliau mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Manakala dipihak UMNO pula mereka terus meniupkan api perkauman yang membuat rakyat terus membenci mereka. Yang terbaru kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menyatakan kaum Cina adalah pendatang didalam Negara kita, tidak mustahil kalau kita siasat mungkin keturunan beliau juga adalah pendatang.

Puak UMNO pula semakin lalai dalam kenyataan mereka akhir-akhir ini, mereka seolah-olah lupa majoriti yang tidak menyokong mereka dalam pilihanraya umum yang lalu sehinggakan mereka kalah teruk adalah kaum Cina. Sekiranya mereka terus membangkitkan isu perkauman seperti ini jangan harap kaum Cina akan menyokong mereka dalam pilihanraya akan datang.

Tindakan pemimpin-pemimpin UMNO meniupkan api perkauman ternyata menguntungkan pihak Pakatan Rakyat, malah boleh dikatakan sekarang sekiranya ada pilihanraya kecil dikawasan yang hanya 40 peratus ada kaum Cina dan India jangan harap BN boleh menang. Teruskanlah meniup api perkauman wahai UMNO.

No Responses to “Anak Melayu, Cina, India adalah anak saya..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: