PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for September 2008

Adun BN minta azan dihentikan..

September 30, 2008

Ramai mungkin sudah lupa suatu ketika dahulu ada Adun BN dari Parti Gerakan di Pulau Pinang pernah meminta supaya laungan azan dihentikan kerana kononnya mengganggu ketenteraman orang ramai, mengapakah waktu itu puak-puak UMNO tidak ada seorang pun berani menegur Adun tersebut? Malah tidak ada memorandum pun dihantar untuk membantah tindakan Adun tersebut. Ternyata Adun tersebut […]

Doa Mat Sabu untuk Lim Guan Eng..

September 29, 2008

Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari dari kita tetapi jika kita mengejar akhirat dunia akan kita dapati, kata-kata Saidina Ali itu disebut oleh Naib Presiden PAS, Hj. Mohammad Sabu ketika memberi tazkirah ramadan disurau kampungnya di Pulau Pinang semalam. Beliau kemudiannya memberi contoh Memberi Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai seorang […]

Perebutan Kuasa bukannya Peralihan Kuasa..Lim Guan Eng.

September 28, 2008

Apa yang berlaku sekarang bukannya peralihan kuasa tetapi perebutan kuasa, demikian ulasan yang diberi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada para wartawan mengenai kononnya akan berlaku peralihan kuasa nanti antara dua pemimpin tertinggi UMNO itu. Beliau berkata demikian selepas satu majlis menandatangani¬† jual beli tanah untuk tujuan pembangunan Hospital “Resort” antara Perbadanan […]

Pak Lah tumbang di Kepala Batas..

September 23, 2008

Pak Lah tumbang di Kepala Batas..itu berita yang diperkatakan di kawasan Parlimen Perdana Menteri itu semalam. Sebenarnya yang tumbang adalah papan tanda yang menunjukkan gambar Pak Lah sedang berdoa akibat ribut dan hujan lebat semalam. Gambar itu terletak dipintu masuk rumah ibunya di Kepala Batas. Ramai yang berkata dengan tumbangnya gambar tersebut ianya mungkin membawa […]

Permit Ceramah Mat Sabu ditarik disaat akhir..

September 22, 2008

Ceramah sempena memperingati Peperangan Badar Al Qubra anjuran Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang dijadualkan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Hj. Mohammad Sabu bertempat¬† di Padang Bandaran Butterworth semalam telah ditarik balik permitnya disaat akhir oleh pihak polis. Walau bagaimana pun dengan kerjasama pihak polis Tuan Hj. Mohammad Sabu diberi kebenaran berucap lebih kurang […]

3 Renungan Tazkirah 10 malam terakhir Ramadan..

September 20, 2008

Masih ramai yang datang berterawih menunggang motor yang mempunyai dua ekzos, satu ekzos dibelakang dan satu lagi didepan, yang canggihnya kedua-duanya berasap.. Ada yang bersungguh-sungguh mencari Lailatulqadar tetapi masih ramai yang mementingkan LailatulKAMDAR.. Nabi SAW bersolat sehingga kaki baginda membengkak tetapi masih ramai yang bila kaki membengkak baru ingat hendak bersolat..

Beranikah Pak Lah??

September 19, 2008

Dua tiga hari lepas Pak Lah telah mencabar Anwar supaya menyebut nama-nama Ahli Parlimen BN yang dikatakan Anwar akan melompat ke Pakatan Rakyat. Hari ini Anwar pula mencabar Pak Lah supaya mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya. Menurut Anwar lagi beliau telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang […]

Anwar, Mahathir, Pak Lah & Najib..

September 18, 2008

Anwar merupakan suatu ancaman kepada negara sekarang, menurut PM. Anwar akan ditahan dibawah ISA buat kali ketigakah selepas ini? Mahathir menggesa agar UMNO, MCA dan GERAKAN bersatu untuk memaksa PM melepaskan jawatan demi memulihkan BN. Itu berita sms yang diterima hari ini. Sekiranya benar berita ini bermakna¬† Mahathir belum kembali kepada UMNO sudah berduri apatah […]

Jadi ke tidak??

September 17, 2008

Jadi ke tidak ni? Kata 16 September, ini dah masuk 17 September. Itu pertanyaan yang bermain difikiran rakyat Malaysia hari ini. Apa yang aku boleh katakan, kita bersabar. Tunggu dan lihat. Anwar tentu ada strateginya. Dia orang yang bijak, tengok sahaja dahulu semasa dia hendak melawan Tun Ghaffar Baba bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. […]

Antara 2 Peralihan Kuasa..

September 16, 2008

Hari ini 16September 2008 (5.05pagi), rakyat Malaysia menunggu matahari muncul, menantikan apakah benar-benar terjadi peralihan kuasa dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Penasihat PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim yakin ianya akan berlaku. Perdana Menteri, Pengerusi BN, Presiden UMNO, Datuk Sri Abdullah Badawi juga yakin, ianya tidak akan berlaku. Seluruh dunia melihat. Tahun 2010, kononnya akan […]