PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Archive for August 2008

Orang Permatang Pauh macam Orang Kelantan..

August 27, 2008

Pemikiran orang Permatang Pauh semacam dengan orang Kelantan. Kata-kata ini aku pernah dengar sebelum pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh bermula lagi. Ternyata ianya benar. Walaupun bermacam-macam senjata telah digunakan oleh BN ternyata ianya langsung tidak memberi kesan kepada rakyat Permatang Pauh. Rakyat Permatang Pauh  memang tidak takut untuk membuat perubahan. Ini boleh dibuktikan dalam tahun […]

MB Kedah berkecil hati..

August 25, 2008

Menteri Besar Kedah Datuk Sri Azizan Razak kelihatan begitu berkecil hati dengan tindakan pengerusi majlis dan petugas PKR yang menyuruh beliau berhenti dari memulakan ucapannya walaupun beliau sudah memberi salam kepada orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah beliau. Tujuan pengerusi majlis dan petugas PKR berbuat demikian adalah untuk memberi peluang kepada Ramlang Porigi Imam […]

Pilihanraya kecil paling aman..Mat Sabu.

August 25, 2008

Naib Presiden PAS Hj. Mohammad Sabu malam tadi menyifatkan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh sebagai suatu pilihanraya kecil paling aman pernah beliau lihat sepanjang karier politik beliau. Menurut beliau lagi jika sebelum ini pernah terdapat ahli PAS yang terbunuh dan ada juga yang tercedera hingga dimasukkan kehospital ketika pilihanraya kecil tetapi ianya tidak berlaku di […]

PAS, UMNO, PKR DAN DAP..

August 23, 2008

Aku berbual dengan seorang kawan penyokong UMNO hari ini. Dia melahirkan kerisauannya apabila mendengar Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) hendak menjadikan Malaysia negara untuk Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain yang ada ditanahair kita. Bagaimana dengan Ketuanan Melayu yang dipertahankan selama ini? soal beliau. Aku pun berkata kepadanya, mana ada lagi ketuanan melayu sekarang?  bila […]

Sumpah Najib..

August 23, 2008

Selepas ini kita tidak perlu ke mahkamah lagi, cukuplah dengan mengangkat sumpah. Demikian kata-kata Datuk Sri Anwar Ibrahim ketika mengulas tindakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak yang bersumpah  disebuah masjid bahawa beliau tidak kenal Altuntuya Shaaribuu. Menurut satu sumber pula ketika selesai solat Jumaat di Masjid Seberang Jaya orang ramai kelihatan berpusu-pusu mengambil […]

Minyak Turun, Terima kasih Pakatan Rakyat..

August 22, 2008

Jutaan rakyat Malaysia berterima kasih kepada Pakatan Rakyat berikutan pengumuman penurunan harga minyak hari ini oleh pihak Kerajaan Pusat . Walaupun penurunan itu terlalu sedikit namun ianya membuktikan belum pun Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia ia sudah mampu membuatkan harga minyak turun dan rakyat percaya sudah semestinya harga minyak akan turun lebih murah lagi apabila […]

Sumpah Anwar Meyakinkan Pengundi Atas Pagar..

August 22, 2008

Aku hanya ingin menyampaikan pendapat orang ramai, pendapat ini keluar dari mulut penyokong BN dan  juga penyokong Pakatan Rakyat. Mereka berkata apalah salahnya Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) mengikuti jejak langkah Saiful Bukhari untuk melakukan sumpah. Penyokong BN berkata sesungguhnya tidak ada salah DSAI untuk melakukannya, jika ada pendapat mengatakan Saiful melakukannya dengan tidak ada […]

Permatang Pauh lagi..

August 21, 2008

Tengok debat dahulu antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan Bekas Ketua Menteri Koh Tsu Koon. Kesimpulannya, Lim Guan Eng hebat manakala Koh Tsu Koon baik banyak berbanding Shaberry Chek. Habis siri debat, keluar lagi ke Permatang Pauh. Malam ini bukan bertujuan untuk mengikuti siri kempen ceramah tetapi sekadar untuk meninjau gerak kerja […]

Anwar, Permatang Pauh, Mat Sabu dan Firdaus..

August 20, 2008

Hari keempat kempen pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, ceramah Datuk Sri Anwar Ibrahim seperti biasa berjaya menarik ribuan pendengar. Perkataan yang biasa beliau keluarkan setiap kali berucap, hari ini Pakatan Rakyat  perintah, esok harga minyak turun, tidak pernah lupa beliau laungkan. Tetapi ucapan beliau yang paling menarik perhatian ramai pada malam ini adalah janji beliau […]

Anwar dalam Muktamar PAS..

August 19, 2008

Sementara menunggu detik perasmian Muktamar PAS tempohari oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang aku sempat berbual-bual dengan beberapa orang ahli PAS  mengenai pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dan juga mengenai Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI). Masing-masing tertanya-tanya adakah DSAI akan hadir dalam Muktamar tersebut kerana ramai dikalangan ahli-ahli PAS menghentam beliau mengenai […]