Pesuruhjaya PAS Selangor yang bermasalah, Hasan Ali dikatakan sekarang begitu sibuk menjelajah seluruh Selangor membuat pertemuan dengan pimpinan seluruh kawasan. Dikatakan juga majoriti ahli-ahli PAS Selangor memang telah menolak beliau. Sehingga diceritakan baru-baru ini terdapat seorang Ustaz dari utara tanahair yang dijemput memberi kuliah disatu tempat dibenarkan bercakap mengenai apa sahaja dengan syarat tidak memuji Hasan Ali.
Ramai yang tidak tahu, dikalangan pimpinan PAS yang ada di Selangor, mereka yang kuat menentang Hasan Ali sekarang adalah sebenarnya penyokong kuat beliau dahulu. Merekalah yang hendak sangat beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri walaupun ketika itu sudah ada nama lain yang disebut akan dilantik.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan inilah akibatnya..




