Archive for the Uncategorized Category

Mahfuz memang patut ditegur..

Posted in Uncategorized on December 11, 2009 by penjualubat

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar ditegur oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Menteri Besar Kelantan tersebut menyifatkan Mahfuz sebagai ‘memandai-mandai’ kerana kembali mencungkil isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Perkara itu telah dibincangkan dan diselesaikan selepas pertemuan dengan pimpinan Pas Pusat baru-baru ini. Oleh itu, Mahfuz tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya kepada media, tindakan Mahfuz itu adalah satu kesilapan yang tidak mempunyai strategi dan hanya memberi peluang kepada UMNO untuk ‘berpesta’, menurut Tuan Guru Nik Aziz.

Memang patut pun Mahfuz ditegur oleh Tuan Guru Nik Aziz, malah teguran tersebut juga harus ditujukan sama kepada pemimpin-pemimpin PAS lain yang amat suka bila berdepan dengan wartawan.

Sebelum ini pun sering kali dilihat ada pihak-pihak termasuk didalam blog-blog yang memperkatakan tentang sikap Mahfuz dan beberapa pemimpin PAS yang bersikap sedemikian, mereka amat suka mengeluarkan kenyataan mengenai sesuatu isu kepada wartawan walaupun wartawan yang berdepan dengan mereka datang dari akhbar musuh tanpa memikir akan akibatnya nanti.

PAS pun sudah kena penyakit ini..

Posted in Uncategorized on December 10, 2009 by penjualubat

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang juga merupakan menantu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya bersetuju meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau mula menimbulkan kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz (blogger kickdefella), seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Beliau kemudiannya mengumumkan akan mula meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa 23 Mac 2010.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar pula mendesak beliau meletakkan jawatan dengan segera, MB Kelantan sebagai pengerusi perbadanan itu harus mengarahkan beliau berundur segera atau berhenti, kontroversi ini tidak harus dipanjangkan lagi, tambah beliau lagi.

Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang lagi Naib Presiden PAS kemudiannya dilaporkan meminta Mahfuz Omar, sebagai orang luar agar jangan masuk campur.

Ariffahmi dikatakan telah mengabaikan nasihat dari Mahfuz. Difahamkan, beliau telah mengeluarkan memo dalaman yang mengarahkan semua urusan harian terus dilaporkan seperti biasa kepadanya sehingga tarikh pengundurannya pada Mac tahun depan.

Dahulu, cerita-cerita seperti ini disensasikan oleh puak-puak UMNO, sekarang PAS pun dah kena penyakit ni..

Mahathir..ikutlah Pak Lah..

Posted in Uncategorized on December 10, 2009 by penjualubat

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menimbulkan kontroversi lagi. Yang terbaru adalah apabila beliau berkata kurikulum Biro Tata Negara (BTN) tidak harus dirombak kerana banyak memberi manfaat kepada peserta dalam menyemai semangat cintakan negara.

Beliau juga berkata, BTN tidaklah seburuk seperti dakwaan pembangkang sebaliknya kursus itu banyak memupuk sikap berkhidmat untuk negara serta nilai hidup yang mulia kepada peserta.

Akibat dari itu..Mahathir sekarang telah bertikam lidah dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang bercadang untuk merombak BTN kononnya untuk menyesuaikannya dengan konsep 1Malaysia. Mahathir juga digelar “Bapa Perkauman” oleh Nazri Aziz, maka bangkitlah puak-puak tertentu didalam UMNO yang mengutuk Nazri Aziz sekarang.

Bagi kita, kedua-duanya gila, kedua-duanya tak betul..Apa yang Mahathir mahukan lagi?..Kuasa? Bukankah elok sekiranya beliau jadi seperti Pak Lah..selepas bersara terus tidur..

Musim hujan..katak pun mulalah bising..

Posted in Uncategorized on December 9, 2009 by penjualubat

Ibrahim Ali putera katak..terpaksa bergantung kepada PAS untuk memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas, sebelum ini beberapa kali beliau bertanding disitu tetapi tidak pernah menang. Sekarang beliau berkata pula orang Melayu tidak boleh bergantung kepada Pas kerana parti itu hanya mempergunakan agama Islam dan menjadi tunggangan PKR serta DAP.

Menurut beliau lagi, beliau bukan ahli UMNO dan hanya wakil rakyat Bebas, orang Melayu perlu kuat dan bersatu kembali di bawah payung UMNO dan Barisan Nasional demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Mustahil beliau tidak nampak beliau yang sebenarnya rela menjadi tunggangan UMNO sekarang.

Tambah beliau, PAS sekarang sibuk mendoakan kehancuran umat Islam lain. Kalau benar doa Tok Guru PAS berkat sudah tentu Kelantan sekarang negeri paling maju dan mungkin sudah ada sepuluh menara berkembar Petronas.

Patutlah negeri-negeri yang diperintah UMNO sekarang begitu maju sampai sudah ada sepuluh bangunan seperti menara berkembar Petronas disana.

Memang sudah dasar katak..musim hujan mulalah bising..

“Hampa siapa nak tegur aku”..!!

Posted in Uncategorized on December 9, 2009 by penjualubat

Menteri Besar Kedah, Datuk Sri Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata begitu ketika berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan Kerajaan Negeri. Kerjasama rakyat sangat perlu bagi memudahkan Kerajaan Negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu, menurut beliau lagi.

Jika benar begitu baguslah. Tiadalah nanti yang akan berkata “Hampa siapa nak tegur aku”..!!

Tuan Guru Nik Aziz..”tak tahu nak kata apa”..

Posted in Uncategorized on December 8, 2009 by penjualubat

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, “TAK TAHU NAK KATA APA”.. beliau  terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am Pas  yang akan mendoakan pemimpin kerajaan Barisan Nasional “pecah perut” berhubung isu bayaran royalti minyak.

Hebatnya Tuan Guru Nik Aziz, bisa menggegarkan 1Malaysia..sampai ada yang “tak tahu nak kata apa”..

Untuk Renungan..7 Mitos dan 7 Pembohongan..

Posted in Uncategorized on December 8, 2009 by penjualubat

Untuk renungan bersama, 7 Mitos dan 7 Pembohongan..ditulis oleh Hishamuddin Rais, begitu menarik untuk difahami bersama..

Mitos pertama
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. Bohong. Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya, sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

Mitos kedua
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. Bohong. Parti yang awal memperjuangkan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi.

Apabila wujud, slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA!

Mitos ketiga
Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah. Bohong. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata.

Pada mulanya melawan Jepun, kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata, British tidak akan undur.

Mitos keempat
Lagu Negaraku dikatakan lagu kebangsaan kita. Bohong. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Perancis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857).

Nama asal lagu ini, Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan.

Di zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, radio repuklik itu memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku Abdul Rahman yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negaraku.

Mitos kelima
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru berusia lima tahun. Ia adalah tiruan bulat-bulat bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Jalur Gemilang diciplak daripada bendera Amerika.

Buktinya, lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara atau Melayu. Warna merah dan putih adalah motif Nusantara – merah ertinya darah rakyat dan putih pula hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud pada bendera Singapura dan Indonesia.

Mitos keenam
Wujud perpaduan Melayu. Bohong. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan Cina, perpaduan Arab, perpaduan Itali, perpaduan India.

Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu daripada ‘ditelan’ oleh Cina dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampung yang takut pada hantu memanggil bomoh untuk menghalau hantu.

Ini cara klasik sesuatu mitos bergerak – takut-takutkan orang ramai. Apabila orang ramai takut, maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi pelindung, walhal yang menimbulkannya gerombolan ini juga.

Mitos ketujuh
Malaysia negara unik. Bohong. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar.

Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia ini unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik; bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang-bilang kaum, berbilang-bilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolithic dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

USUS UMNO SUDAH BUSUK..masih berminatkah Nasarudin Tantawi?

Posted in Uncategorized on December 6, 2009 by penjualubat

Ketua Pemuda PAS Pusat Nasarudin Tantawi menulis didalam blognya (http://episodeperjuangan.blogspot.com) satu posting bertajuk USUS UMNO SUDAH BUSUK..

Sebelum ini semua orang tahu Nasarudin Tantawi pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan di Parlimen dengan Naib Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Razali Ibrahim.

Waktu itu masih baru lagi satu kenyataan yang mengatakan tiada sebarang pertemuan atau perbincangan dengan pihak UMNO akan berlaku dengan pihak Pakatan Rakyat. Ini bermakna Nasarudin Tantawi telah membelakangkan keputusan Pakatan Rakyat ketika itu.

Sekarang Nasarudin Tantawi sendiri sudah bersetuju yang UMNO itu sudah busuk sampai ke usus, adakah beliau masih berminat hendak teruskan lagi pertemuan dan perbincangan dengan pihak Pemuda UMNO selepas ini?

Aksi ADUN BN di DUN Pulau Pinang..

Posted in Uncategorized on December 5, 2009 by penjualubat

Lihatlah, dia memang nak sangat digantung dari menghadiri sidang DUN, sengaja cari pasal, lepas itu tunjuk hero diluar dewan, UMNO jaga orang Melayu konon..

Demo di Kelantan..adakah ianya telah memalukan UMNO..?

Posted in Uncategorized on December 5, 2009 by penjualubat

Tindakan  pihak tertentu yang mahu menggugatkan kestabilan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat dikatakan telah mendapat perhatian rakyat negeri tersebut yang sedang mengerjakan ibadat haji di Mekah.

Sehubungan dengan itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) telah mengadakan solat hajat di hadapan Kaabah memohon kepada Allah agar dikekalkan Kerajaan PAS di Kelantan.  Solat hajat tersebut dikatakan disertai jemaah di kalangan rakyat Kelantan dan beberapa pemimpin PAS yang berada di tanah suci ketika ini.

Sementara itu di Bandar Kota Bharu semalam, dilaporkan penuh sesak dengan kebanjiran puluhan ribu lautan manusia yang menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Menteri Besar Kelantan tersebut, yang menariknya perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum  seperti Cina, India dan Siam.

Diberitakan juga, perhimpunan tersebut ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnaim  baru-baru ini.  Sebelum ini, diketuai oleh Timbalan Ketua UMNO Pasir Mas, Johan Che Pa,  demontrasi mendesak Tuan Guru Nik Aziz meletak jawatan  diadakan anjuran kumpulan yang dinamakan sebagai Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK).

Bagaimanakah keadaan Johan Che Pa dan rakan-rakannya setelah melihatkan sambutan sokongan rakyat Kelantan yang diberikan kepada Tuan Guru Nik Aziz ?  Agaknya beginilah..

..keadaan Johan Che Pa dan rakan-rakannya  sekarang apabila berdepan dengan orang ramai di Kelantan..