Shahidan Kassim juga akan disiasat?
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung laporan Utusan Malaysia yang mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu menghina pasukan polis baru-baru ini.
Menurut Khalid, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.
“Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Kita telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh..” menurut Timbalan Ketua Polis Negara itu lagi, baca disini..
Bagaimana pula agaknya dengan nasib yang akan diterima oleh Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Shahidan Kassim? Kertas siasatan terhadap beliau sudah semestinya juga boleh dibuka dan dibawah Seksyen manakah nanti beliau boleh disiasat? Beliau bukan sahaja secara tidak langsung telah mengiktiraf malah telah menganugerahkan satu Sijil Penghargaan Khas kepada seorang anggota platun Melayu Regimen ke 8 PKM (Parti Komunis Malaya).
Shahidan Kassim pun nak jadi Komunis? Baca disini..
Advertisement

Jom buat laporan polis banyak2….agak2 Polis nak siasat tak Shahidan anak Kassim
Lifestyle - September 6, 2011 at 1:23 am |