PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Cerita temberang filem “Bukit Kepong..”

Cerita temberang ini terus dipanjangkan lagi oleh pemerintah hari ini dan terus di propagandakan dengan filem Jins Samsudin “Bukit Kepong”..Baca cerita sepenuhnya disini..

Tulisan Wasiat Pejuang mengenai cerita seorang Melayu yang sebenarnya mengetuai serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong didalam tahun 1950 mengingatkan kembali kunjungan saya ke Bukit Kepong suatu ketika dahulu.

Pengambaraan filem arahan Jins Samsudin tersebut sedang dilakukan ketika itu. Saya sempat bertanya kepada seorang orang tua penduduk disitu mengenai sejarah serangan tersebut.

Orang tua tersebut juga menyalahkan pihak Komunis kerana menyerang Balai Polis itu tetapi yang menariknya beliau juga turut menceritakan Balai Polis itu diserang ketika anggota-anggota polis yang bertugas disitu sedang ayik bermain judi.

Saya kemudiannya menghantar email kepada Saudara Mat Amin (http://matamin02.blogspot.com) yang juga merupakan seorang bekas perajurit Rejimen Ke 10 bagi mendapatkan komen beliau mengenai kisah sebenar Peristiwa Bukit Kepong itu.

Berikut adalah jawapan yang saya terima dari balasan email beliau..

alaikumussalam,

semoga saudara di sana sihat wal afiat.

Cerita konkrit Pertempuran Bukit kepung pernah dibukukan oleh pihak Rejimen Ke-10. Akan tetapi sekarang pun tercari2 di mana tersoroknya dia.

Memanglah filem bukit kepung itu lebih banyak propaganda daripada sejarah sebenarnya.

2. Mat Indera benar-benar ikut memimpin 1 platun perajurit Melayu Johor dalam serangan itu. Mereka bergabung dengan pasukan Cina yang bergerak di Johor (tak ingat Rejimen berapa).

3. Pasukan TPNM benar2 membakar balai polis itu setelah menguasainya. (Mereka merasa semua polis sudah mati)

4. Pasukan TPNM mengeluarkan seruan2 supaya polis menyerah diri, tetapi mereka enggan.

5. Selepas pertempuran itu Mat Indera mengadakan rapat umum yang dihadiri ramai massa.

Tujuan pihak TPNM ketika itu ialah selain dari menekan kecongkakan polis2 penjajah juga untuk membangkitkan semangat perjuangan dan sokongan massa. Pertempuran2 begini akan memberikan pengaruh yang besar kepada massa revolusioner dan keyakinan mereka kepada perjuangan.

Abdullah C.D. ada sedikit menceritakan pertempuran tersebut dalam Memoirnya. (Memoir Abdullah C.D. bahagian 2 Penaja dan Pemimpin Rejimen Ke-10 ms 116-117

Saya pernah berbual dengan Jomo (yang kini berkhidmat di PBB) berkenaan filem Bukit Kepung. Jomo adalah antara hakim yang menolak filem itu. (kalau tak salah ingatan pertandingan festival filem….)

Alasan Jomo ialah filem itu bukan bersifat sejarah, tetapi bersifat propaganda. Selepas itu Jomo dicop sebagai komunis.

salam

Mat Amin – bekas perajurit Rejimen Ke-10
http://matamin02.blogspot.com

About these ads

36 Responses to “Cerita temberang filem “Bukit Kepong..””

  1. Kita kenalah relate kan cerita ini dgn kejadian yang berlaku di Iraq dan Afghanistan….Siapa pengkhianat sebenar? polis dan tentera bekerja dan digajikan oleh Amerika atau Mujahiddin yang menyerang dan membunuh polis dan tentera Iraq….Anggota Polis Malaya ketika kejadian Bukit Kepong itu bekerja dan digajikan oleh British….”Aku kah benar atau Jebat kah benar”…

  2. realitinye kenape berjuang dalam komunis yang jelas menolak agama

    • di manakah faktanya yang menyebut orang komunis menolak agama? Mengapa hingga sekarang kita masih menarik mengikut rentak gendang penjajah? Cubalah kita ketepikan dakyah penjajah, cari sendiri fakta2 yang sesungguhnya.

      • Dimana pula fakta yang komunis tu tak menolak agama? Jangan tertipu dengan dakyah komunis, apa yang kita dah kecapi sekarang dah cukup baik.

  3. kerajaan malaysia yg cop mereka komunis laaaa…..yg sebenarnya mereka bukan komunis, sbb rejimen ke10 tu diambil tarikh 10 muharram..dan mereka pergi haji dan berkahwin selepas mengislamkannye…apakah itu cara komunis??????,,,,,, orangbiasa jgn termakan makanan gorengan mereka yg babibuta……

  4. “Malah ada juga dari kalangan perajurit lama yang tidak memahami perjuangan praktikal sampai-sampai mengemukakan pandangan dan usulan “Tentang hubungan antara etnik” yang berbunyi “ Parti harus ada dasar agama yang jelas… seperti menghormati kepercayaan agama Islam…” Sebenarnya dalam tentera kita kebebasan beragama dipraktikan secara harmonis malah mengizinkan upacara-upacara ibadat mengikut kepercayaan masing-masing di amalkan.” … lihat sini http://tongkatbahaman.com/index.php/component/content/article/1-bahaman/3-ucapan-dalam-melancarkan-memoir-abdullah-cd-19-jun-2010-di-kuala-lumpur-oleh-sdr-affandi.html

  5. orangbiase,

    Hj Abdullah CD, Hajah Suraini Abdullah (Isteri Hj Abdullah CD, orang cina convert to muslim), Allahyarham Hj Rashid Maidin…Adakah saudara kenal semua mereka? Adakah mereka menganut fahaman lain? Sejarah siapakah yang saudara rujuk? Siapakah penulis sejarah di Malaysia?…..jawab soalan tersebut dahulu..sebelum saya gelarkan saudara sebagai “buta sejarah”…

    • maaf, sebetulnya saya kurang faham soalan di atas ditujukan kepada siapa.

      Saya sepanjang masa bersama Abdullah C.D. Suriani, Rashid Maidin, Abu Samah…. dan sedikit masa bersama Ibrahim Chik…

      Sekarang pun saya masih bersama Abdullah C.D. Jika tak percaya silakan datang sendiri tengok.

  6. sebelum P. Bukit kepung, 25 PKM mati di Temayo, labis.. adakah ia balas dendam..Mat Indera.. antara nama besar PKM di Kg Air Panas, Labis, peristiwa yang diceritakan agak kabur..cuma kemalangan agak besar di pihak kerajaan..kedua selepas serang hendap di Pangkalan Hulu Perak.. banyak persoalan timbul..insyallah akan cuba merungkaikan cerita disebalik cerita bukan apa-apa..kita korek kebenaran kita khabarkan apa yang sebenarnya untuk generasi masa depan..

  7. Saudara Mat Amin,

    Saya kenal betul dengan saudara…Saya tujukan semua soalan itu kepada “orangbiase”….Kirim salam saya khusus kepada Bapak Abdullah CD dan Ibu Suraini dan juga pejuang2 yang menentang British dan pengkhianat negara…kamulah pejuang kemerdekaan yang tulen….jasa kamu, kami kenang….Insyaallah,sejarah akan berubah…

  8. orang minyak……hang jgn jadi perogol bersiri udah le……..

  9. orang minyak…….hang jgn jadi penzina bersiri udah le…….????

  10. kisah bukit kepong – kisah yang menyayat hati. semoga allah mencucuri rahmat keatas mereka mereka yang benar.

  11. Lawan british? dari 1957 – 1989 lawan sapa pulak? kalo versi jins samsudin tak benar, kenapa pulak versi hang di anggap benar? betul ka masa serangan kat bukit kepong, komunis bunuh kanak² dan isteri polis kat situ? berapa banyak kanak² dan wanita yg komunis bunuh?

  12. thanks.. to all,

    kerana memberi maklumat kepada semua rakyat malaysia, siapa sebenarnya pengkianat bangsa..
    umno buta sejarah.. aku belajar sejarah disekolah cuma utuk lulus sahaja.. kerana sejarah malaysia dicipta oleh umno dan british… hapuskan umno pengkianat bangsa… allahuakbar

  13. Blog ni lagi temberang.

  14. Komentar pencacai UMNO sama seperti cirit – hanya sepalit, tapi sudah cukup untuk di tangkap bau pekungnya yang busuk itu

  15. apa ni..tolong jangan sampai kan dakyah anda yang x kenal pengorbanan askar2 kita dan polis yang pertahankan negara…diorg yang kudung kaki dan buta mempertahankan negara ini…kamu tidak tahu pahit getir kami lalui jangan dibandingkan ideologi kamu yang sempit..pernah kamu berjuang2 bersama2 mereka semasa perang dulu..kembali ke pangkal jalan

  16. kalau bukit kepong adalah propaganda… blog ni pon boleh dicop propaganda jugak..

    soalan pertama:

    atas alasan apa mat indera menyerang balai polis bukit kepong? adakah kerana amal maaruf nahi mungkar atau ingin merampas senjata dalam balai polis?

    soalan kedua:

    siapakah orang tua itu dan bagaimana dia tahu anggota polis itu bermain pakau ketika serangan berlaku?

  17. samasa zaman pemerintahan jepun terdapat sebilangan org malayu menyertai pkm pada dasarnye utk melemahkan pendudukan jepun pada masa tu termasuk british besekutu dgn pkm.Tapi selepas kalahnye jepun di melaya ktika itu pkm berpaling tadah menentang british utk mengwujudkn sebuah negara komunis dan bilangan melayu menyertainye semakin bny pkm bijak mengatur langkah untuk mendapatkan pengaruh melayu dgn meletakkn nama besar spt addullah cd samsiah fakeh rashid maidin dan beberapa nama lain mereka sebenarnye telah dipengaruhi oleh edeologi komunis dan komunis menjadikn mereka pemimpin untuk mempengaruhi kaum melayu.SEKARANG PERSOALAN NYE PEMILIK LAMAN INI SEPERTI TIDAK TAHU APE MAKSUD KOMUNIS SAYA TERANGKN……Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. “Komunisme tulen” menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.
    Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.
    Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.
    Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa “agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat”.PIKIR KNLAH APE MAKSUD PERENGGAN TERAKHIR ITU SEBAGAI SEORANG MUSLIM HUKUMNYE MURTAD.Ape yang mereka buat semasa komunis menyerang bukit kepung kite tidak tahu dan jgn lah menulis apa2 tanpa bukti yng sahih

  18. TAKYAH LAH TULIS BLOG KLU TAK FAHAM SEJARAH PERJUANGAN……YANG KENA BUNUH KAT BALAI BUKIT KEPUNG TU SEMUA ORG MELAYU……YANG MEMBUNUH ORG CINA YANG MENGUNAKAN ORNAG MELAYU SEBAGAI KETUA ….ORG MELAYU JADI ALAT UTK KEPENTINGAN BANGSA LAIN……SEDARLAH WAHAI ORG MELAYU……

    • orang x tau kominis tu setan… ingat nak memerintah negeri melayu… yg bodoh org melayu konon nak bebaskan dari penjajah tp terus kene jajah baik dari oputih mau pun dari org kominis same je kene jajah.. haprak propaganda konon…

  19. Kisah sebenar Bukit kepong berbeza sedikit dengan filemnya.dalam filem Sarjan Jamil gugur last sekali.dalam cerita sebenar, beliau terkorban di dalam kubu dibawah balai pada masa pagi masih gelap.anggota polis yang paling akhir berjuang adalah othman yusof.beliaulah yang merangkak ke setiap penjuru memberi tembakan untuk mengelirukan komunis,supaya komunis menyangka anggota polis yang hidup masih banyak,sedangkan hanya beliau dan seorang lagi rakan yang masih bertenaga.2 orang lagi yang masih hidup mase tu adalah L.KPL.Jidin Omar dan Yusof Rono tetapi cedera parah.beliau kemudian menyuruh rakannya berlari ke sungai namun rakannya terkorban.ketika beliau berlari ke pengkalan beliau telah terkena tembakan di bahagian kaki namun berjaya menyelamatkan diri.wataknya dlm filem di lakonkan oleh seniman Hussin Abu Hassan.tapi dlm filem di gambarkan watak tersebut berlari ke sungai pada waktu awal pagi sdgkan dlm cerita sebenar babak tersebut adalah di akhir cerita pertempuran.l.kpl jidin meninggal di dlm perjalanan ke hospital.Balai Polis terakhir tempat Othman Yusuf bertugas ialah Balai polis Kota Sarang Semut ,Alor Setar,Kedah.Kakinya terpaksa di potong akibat dari rawatan yang kurang sempurna akibat tembakan komunis.isterinya menjadi gila merian akibat salah info polis yang mengatakan beliau terbunuh.ketika itu isterinya baru melahirkan anak sulungnya di kgnya di kulim.Isterinya juga terlibat dlm peristiwa komunis membakar bas di pagoh.tak lama selepas itu isterinya meninggal.Othman lah yang di temuramah oleh penulis novel bukit kepong bersama yusof rono,pon hamid dan beberapa orang lagi yang terselamat dlm peristiwa itu.sekarang othman yusof dah tiada.hero polis yang paling akhir meninggalkan kita ialah Haji Yusof Rono.kepada mereka kita sedekahkan AL FATIHAH. sumber: http://theriyseslady.blogspot.com/2009/08/peristiwa-bukit-kepong-part-4.html

  20. x kira mana negara pn.. semua sejarah telah di manipulasi oleh pemimpin2 untuk kepentingan masing2.. contohnya cerita hang tuah.. kenapa dikeluarkan dari buku texk sejarah sekolah?? kerana hang tuah dan adik beradik tu adalah kaum cina???

    malas nak cerita lebih korang google je

  21. sesuatu cerita kena dengar dari kedua2 belah pihak

  22. habis tu nak cakap novel bukit kepong tipu lah erk…

  23. Aku pencinta sejarah, dan aku x fhm kena mesti kita nak kelaskan penjuang – penjuang negara yg dah terkorban dan yang hidup lagi tapi mengalami cacat seumur hidup sebagai pengecut, sedang diorglah penjuang yang menentang musuh habis-habisan… Tanpa diorg kita akan terus dijajah, dijajah dan dijajah

  24. balayeuse de voirie occasion…

    [...]Cerita temberang filem “Bukit Kepong..” « PENJUAL UBAT[...]…

  25. Datuk saya dua orang mati dibunuh komunis .ketika cari rotan dalam hutan untuk memberi anak anak makan .

  26. superb blog you have here, thanks a ton for making it available!

  27. TIPU


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: