PENJUAL UBAT
"Aku menulis bukan kerana nama"

Cerita tentang 2 orang Cina..

Kisah pertama..

HAKIM CINA MENJATUHKAN HUKUMAN KEATAS SEORANG ISLAM KERANA TAK HADIR SOLAT JUMAAT.

Suatu kisah benar tetapi amat melucukan pernah berlaku di Mahkamah Rakyat di Lambor Kiri di mana seorang kader PKM Cina menjadi hakim mengadili kes penduduk kampung tidak hadir solat Jumaat. Kisah ini telah diceritakan oleh Abdullah C.D. dalam memoir bahagian pertamanya yang bertajuk Zaman Pergerakan Sehingga 1948. Di bawah adalah petikan tulisan beliau.Mahkamah Rakyat

Jawatankuasa Liga Rakyat Anti-Jepun mengadakan mesyuaratnya secara berkala. Melalui mesyuarat inilah mereka mengkaji kekurangan dan kelebihan untuk menimba pengalaman pada masa hadapan. Setiap kali mesyuarat diadakan, ada-ada sahaja masalah yang dikemukakan seperti perbalahan sesama sendiri, melanggar undang-undang Pasukan Simpanan Anti-Jepun dan lain-lain yang berkaitan dengan peraturan dan keamanan kampung. Jadi untuk menyelesaikan masalah itu, kami bentuk suatu mahkamah. Pada mulanya ia merupakan mahkamah biasa sahaja. Akan tetapi perkembangannya amat menggalakkan dan akhirnya ia berfungsi sebagai mahkamah rakyat yang membicarakan masalah seluruh kampung.

Apabila mahkamah dibuka, semua orang dijemput hadir. Hakim, biasanya terdiri dari seorang kader PKM, kadang-kadang saya sendiri. Hakim akan meminta ahli jawatankuasa membacakan semua perkara yang hendak dibicarakan dan setiausaha akan mencatat semuanya. Kemudian hakim akan menyoal orang yang didakwa dan meminta penjelasan atau bela diri. Setelah itu hakim akan meminta fikiran daripada orang ramai yang hadir di situ. Pandangan orang ramai itu kemudiannya disintesiskan dan dijadikan keputusan. Setelah itu hakim akan membawanya sekali lagi kepada orang ramai dan diadakan undian secara angkat tangan. Apabila majoriti hadirin mengangkat tangan, maka keputusan itu dikira sah.

Pada suatu hari mahkamah dibuka di Lambor Kiri. Kerana saya ada urusan mustahak, maka saya tidak dapat hadir. Jadi seorang kader parti Tionghua yang menjadi hakimnya. Perkara yang hendak dibicarakan amat lucu iaitu masalah orang-orang yang melanggar peraturan masjid. Seorang ahli keluarga saya, Zainal Abidin didapati bersalah kerana berturut-turut tidak menghadiri tiga kali sembahyang Jumaat di masjid. Apabila didakwa, dia mengaku bersalah di hadapan orang ramai dengan penuh keinsafan. Dia didenda lima ringgit dan mengangkut air dan pasir untuk tiga kali Jumaat. Apabila bertemu dengan saya kemudiannya, dia mengatakan bahawa kalau perbicaraan itu diadakan oleh British atau Jepun, sudah tentu dia tidak akan hadir, tetapi ini diadakan oleh pakatan seluruh rakyat, dia mematuhinya dengan tulus ikhlas. Kebetulan pula Zainal Abidin masa itu sudah menunaikan fardu haji di Mekah. Maka kejadian ini menjadi cerita lucu orang ramai kerana seorang Tok Haji dihukum tidak sembahyang Jumaat oleh seorang Tionghua. Kerana mahkamah ini benar-benar bercorak rakyat, mengikut kehendak masyarakat di situ, maka ia disokong dan dipuji oleh orang ramai. Akan tetapi penjahat-penjahat seperti pencuri, perompak dan lain-lain amat takut kepadanya kerana mereka sukar menyembunyikan kejahatannya kerana semua orang akan menjadi saksi dan akan mengadili kejahatannya dengan teliti.

(Kisah ini diambil dari blog http://matamin02.blogspot.com)

Dicatat oleh Mat Amin pada 06:25
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kisah kedua..

LIM GUAN ENG.

5 Dis 2008-“Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip ‘Amar Ma’ruf, Nahi Mungkar’ dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT)..”

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat dinegeri tersebut. (HARAKAH)

27 April 2009-Kerajaan Pulau Pinang pimpinan YB Lim Guan Eng  mengumumkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pulau Pinang mendapat 1.5 juta peruntukan untuk pembangunan, pembaikan SAR, bayaran elaun guru dan kakitangan, buku teks, perpustakaan, makmal dan kemudahan multimedia manakala para pelajar hafiz Al-Quran pula diberi elaun khas.

11 September 2009-Penghafal Al-Quran adalah profesional..Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan YB Lim Guan Eng memperuntukkan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dahulunya dihentikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kerajaan Negeri juga mengiktiraf para Huffaz setaraf dengan profesional yang lain seperti doktor jurutera, peguam dan sebagainya.

12 September 2009-Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim setakat ini 137 para hafiz dan hafizah telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu cara menghargai sumbangan mereka yang berjaya menghafaz al-Quran di negeri ini.

“Kita juga berhasrat untuk mewujudkan satu keluarga satu huffaz serta usaha ke arah ini sedang giat dilaksanakan bagi mencapai aspirasi tersebut.”

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut menyokong usaha yang diambil bagi memartabatkan para huffaz ini.

   
   
   

4 Responses to “Cerita tentang 2 orang Cina..”

  1. Kisah pertama ajaran sesat pada masa tu. Tak dak agama. Agama ciptaan sendiri jenis bangang.

    Kisah kedua nak jaga pengundi Melayu Islam yg tak faham Islam Muhammadi. Ini kerja 5 tahun sekali. Nak bagi sedap dan seronok orang Melayu Pulau Pinang suruh pulak Tn Hj Mohamad Sabu ceramah kat pelajar pondok, habis semua mintak ampun dgn KM.

  2. Dari 2 cerita di atas menunjukkan Islam adalah ajaran yang sempurna, yang diakui dan dihormati oleh golongan lain. Akan tetapi yang menjadi masalah ialah ajaran itu dipergunakan untuk kepentingan sendiri.

    Jika setiap orang Islam mematuhi ajaran Islam, kaum penjajah British tak dapat bertapak sampai ratusan tahun di tanah air kita dan tidak ada Undang-Undang Darurat tahun 1948, tak ada Akta Keselamtan Dalam Negeri, tak ada cerita seperti Teoh Beng Hock, tak ada cerita mata lembam, tak ada cerita gadis Monggolia dibunuh secara misteri … tak ada pemutar belitan sejarah.

  3. saya nak sarankan agar ROTI KK layari blog http://matamin02.blogspot.com .


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: