Tuan Ibrahim Tuan Man..sila tunjukkan?
Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menyebut agama melarang membuat dan menyebarkan fitnah. Tindakan yang mengundang fitnah juga wajib dielakkan, tambah beliau lagi.
Naib Presiden PAS tersebut sudah tentu bercakap mengenai kemelut yang melanda PAS sekarang. Mengapa Naib Presiden PAS tersebut tiba-tiba bercakap tentang fitnah? Adakah ini membawa makna kemelut yang melanda PAS selama ini adalah berpunca dari fitnah?
Kalau benar begitu kita berharap beliau dapat menunjukkan apakah fitnah yang telah dibuat atau disebarkan dan bagaimanakah bentuk tindakan yang dikatakan sebagai mengundang fitnah tersebut?
Apabila berlakunya kemelut yang melanda PAS sekarang ramai yang bercakap tentang fitnah tetapi yang mana satu tuduhan yang dikatakan sebagai fitnah atau mengundang fitnah tidak pula dinyatakan.
November 8, 2009 at 2:35 pm
Cara berfikir seperti UMNO dan cara bekerja seperti kakitangan awam masih banyak dalam PAS. Sukar untuk berubah.