Archive for November, 2009

Kenapa takut dengan doa Tuan Guru Nik Aziz..?

Posted in Uncategorized on November 30, 2009 by penjualubat

“Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)…kalau tak kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku”…AMIN..

Apabila Tuan Guru Nik Aziz berdoa begitu, ramai pula yang membidas Mursyidul Am Pas tersebut. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.


Kalau tidak bersalah mengapa harus takut dengan doa Tuan Guru Nik Aziz?

Lim Guan Eng “respect” orang yang menghafal Al-Quran..

Posted in Uncategorized on November 29, 2009 by penjualubat

“Saya “respect” mereka yang menghafal Al-Quran, bukannya mudah untuk menghafaz 6666 ayat”, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.

Beliau berkata begitu didalam satu majlis penghargaan Kerajaan Negeri kepada 137 penghafal Al-Quran atau mereka yang lebih dikenali dengan panggilan “Hafiz” di Pulau Pinang baru-baru ini. Pemberian anugerah ini adalah sebagai penghargaan kepada mereka yang berjaya menghafal sepenuhnya Al-Quran.

Menurut YAB Lim Guan Eng lagi, bukannya mudah untuk menjadi seorang penghafal Al-Quran kerana ia memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi dan beliau percaya hanya insan-insan yang berjiwa besar serta berkeperibadian mulia sahaja yang mampu untuk melakukannya.

Tambah beliau lagi, walaupun wujud berbagai agama di negara ini khususnya di Pulau Pinang tetapi beliau berpegang kepada hakikat bahawa kesemua agama mengajak penganutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan.

Penyampaian anugerah kepada para hafiz dan hafizah ini telah dimulakan sejak tahun 2008 dan pada waktu itu setiap penerima anugerah menerima wang tunai sebanyak RM300, manakala ditahun ini pula setiap penerima anugerah diberikan sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM500.

Korban Perdana Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang..

Posted in Uncategorized on November 28, 2009 by penjualubat

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang buat pertama kalinya menganjurkan korban perdana bertempat di Markas Tarbiyah PAS Negeri, Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Ucapan aluan dari Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah kepada para petugas.

Ucapan perhargaan kepada para petugas dari Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Hussain.

Ketua Pemuda memulakan penyembelihan korban dan diikuti oleh Naib Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Zakaria Hamzah.

Suasana dihadapan Markas Tarbiyah Negeri Pulau Pinang.

Masing-masing ada tugas..

Suasana selepas lima ekor lembu selesai dikorbankan, mudah-mudahan ibadah korban diterima dan mendapat keberkatan daripada Allah.

Mengerjakan Haji sekali lagi? lawan UMNO lagi baik..

Posted in Uncategorized on November 28, 2009 by penjualubat

Seorang sahabat menceritakan, suatu ketika dahulu beliau pernah mendengar pandangan seorang Ulama terkenal yang mengatakan mengerjakan haji sekali seumur hidup adalah wajib bagi setiap orang Islam apabila ada kemampuan, sihat tubuh badan dan aman didalam perjalanan.

Manakala mengerjakan haji untuk kali kedua juga dibolehkan tetapi tidaklah digalakkan. Wang yang hendak digunakan untuk mengerjakan haji bagi kali kedua itu adalah lebih baik digunakan untuk melawan UMNO, menurut Ulama itu lagi.

Khutbah Hj. Mohamad Sabu di Masjid Batu..

Posted in Uncategorized on November 27, 2009 by penjualubat

Hj. Mohamad Sabu berkhutbah Aidil Adha di Masjid Batu, Permatang Pauh hari ini, antara kandungan khutbah beliau, beliau mengingatkan jemaah yang hadir betapa pentingnya bagi umat Islam memikirkan bagaimana caranya untuk melahirkan masyarakat yang boleh menghafal Al-Quran, memahami kandungannya dan kemudian mengamalkannya.

Umat Islam dinegara ini juga patut berusaha untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang hafiz didalam satu keluarga, negara kita juga sepatutnya dapat melahirkan Ketua Angkatan Tentera, Ketua Polis, para profesional seperti peguam, para doktor dan sebagainya yang hafiz Al-Quran, menurut beliau lagi.

Beliau juga menyentuh tentang sikap segelintir umat Islam dari dunia Arab yang hidup kaya raya, tetapi mereka lebih sibuk membeli kelab-kelab bola daripada memikirkan untuk membantu umat Islam yang tertindas dan miskin.

Umat Islam juga sebenarnya masih belum merdeka, umrah atau ziarah umat Islam juga masih belum lengkap sebenarnya selagi umat Islam belum dapat menjejaki, menziarahi dan membebaskan Qiblat pertama Umat Islam di Baitulmuqaddis yang masih dikuasai oleh puak Yahudi, tambah beliau.

p/s..Hj. Mohamad Sabu juga telah mempunyai seorang anak lelaki yang hafal Al-Quran.

Pulau Pinang, Kedah, Kelantan patut ikuti Selangor..

Posted in Uncategorized on November 27, 2009 by penjualubat

Kerajaan Negeri Selangor melarang semua pegawai, pekerja dan yang berkaitan dengan kerajaan negeri itu daripada mengikuti kursus anjuran Biro Tata Negara (BTN).

Larangan itu membabitkan semua pegawai kerajaan negeri, pekerja di semua anak syarikat milik kerajaan negeri dan mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi milik Kerajaan Negeri Selangor. BTN sering mewujudkan sentimen perkauman dan menggambarkan pihak pembangkang sebagai musuh negara didalam kursus-kursus mereka dengan tujuan untuk mengekalkan kekuasaan BN. Kita lihat dua kisah tentang BTN seperti yang pernah diceritakan.

Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub mendedahkan beliau mendengar sendiri penceramah dalam latihan Biro Tatanegara (BTN) memfitnahkan Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara.

“Ketika sedang berlangsung salah satu ceramah semasa latihan tersebut, salah seorang pesertanya diam-diam menelefon saya dengan telefon mudah alihnya dan membiarkan talian tidak dimatikan untuk membolehkan saya mendengar ceramah itu.

“Saya mendengar sendiri penceramahnya menuduh Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebagai sebagai anasir subversif dan pengkhianat negara,” kata beliau.

Manakala ini pula pengalaman menyertai kursus BTN seperti yang diceritakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron.

“ Pernah suatu ketika dahulu, pada awal dahulu sewaktu saya di sekolah menengah, selain daripada lagu anak kecil main api, apa yang paling saya ingat apa yang ditanamkan ialah benci kepada Cina. Suatu ketika kami berlari-lari dari pusat pendidikan di Shah Alam, ketika kita berjumpa sahaja Cina seperti peniaga-peniaga Cina, fasilatator mengatakan ‘lihat itu adalah Cina, dia adalah orang yang merempat di negara kita. Apabila besar nanti, kamu nanti bila sudah besar, mesti ada perasaaan tolak mereka dari negara kita”.

Kesimpulannya kita mengharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor tersebut bagi menghalang penghasut seperti BTN dari terus menghasut rakyat dinegara ini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Posted in Uncategorized on November 26, 2009 by penjualubat

Perdana Menteri akan semakin popular..

Posted in Uncategorized on November 26, 2009 by penjualubat

Perdana Menteri Malaysia akan semakin popular diseluruh dunia selepas ini.
Posting ini diambil dari http://duniacacamarba.blogspot.com

Thursday, November 26, 2009
Apabila Nama PM Menjadi Watak Dalam Drama Kisah Pembunuhan ALTANTUYA Di Hong Kong!

PANAS & KONTROVERSI:

[BERITASEMASA] …Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.

Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”. Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan. Sama ada berita harian ini akan direalisasikan atau tidak , yang pentingnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mempunyai cukup untuk semua elemen yang diperlukan oleh sebuah filem. Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api, pembunuhan, sesuai untuk perfileman.

PERSOALANNYA, BENARKAH DRAMA INI AKAN DIBIKIN DAN DITAYANGKAN DI STESEN-STESEN TV DI SELURUH DUNIA? JIKA BENAR, CUBA BAYANGKAN IMPAKNYA!

Mereka sibuk membahagi ‘Ghanimah’..?

Posted in Uncategorized on November 25, 2009 by penjualubat

Pemuda UMNO Kelantan menyifatkan Pas di negeri tersebut tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini tetapi lebih sibuk membahagikan ‘harta perang’. Ketuanya, Anuar Safian berkata, pemimpin parti terbabit pada masa kini menjadikan kuasa yang dimiliki mereka untuk mengumpul aset dan keuntungan.

Itu cerita di Kelantan. Saya pula ingin menceritakan pertemuan saya dengan seorang sahabat lama yang juga ahli atau aktivis PAS yang pernah mempunyai jawatan didalam PAS disebuah negeri memberi pandangan yang hampir sama dengan Ketua Pemuda UMNO Kelantan tersebut.

Pada mulanya saya hanya bertanya apakah jawatan didalam parti yang dipegangnya sekarang, beliau menjawab yang beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan sekarang dan beliau memang tidak berminat lagi untuk memegang apa-apa jawatan. Pemimpin-pemimpin PAS sekarang sudah banyak yang tidak ikhlas didalam perjuangan seperti dahulu, mereka sekarang lebih sibuk membahagi ‘Ghanimah’ daripada memikir tentang perjuangan Islam, menurut beliau lagi.

Benarkah dakwaan tersebut dan bolehkah kita bersetuju dengan pandangan beliau? Manakala merujuk kepada pandangan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, beliau sebenarnya tidak layak langsung untuk berkata begitu kerana perangai UMNO lebih teruk lagi didalam membahagikan kekayaan sesama sendiri.


Orang-orang bawahan seperti ini dilihat lebih ikhlas didalam perjuangan berbanding dengan sesetengah pemimpin PAS..

Kenapa Barat Mahu Kekalkan Diktator Didunia Ketiga..Hj. Mohamad Sabu

Posted in Uncategorized on November 24, 2009 by penjualubat

Artikel ini ditulis oleh Hj. Mohamad Sabu dan diambil dari Detikdaily.

Eropah melalui zaman gelap begitu lama. Perang antara negara mereka sering terjadi samada pertelingkahan sempadan, perkauman atau kedaulatan bahasa. Jerman, Perancis dan Britain sentiasa berusaha supaya negara dan bangsa mereka dilihat jagoh dan pelindung kepada bangsa-bangsa di Eropah.

Untuk merebut “Supermercy” dan ketuanan bagi Eropah maka terjadi peperangan yang paling besar diantara mereka sehingga tercetusnya perang dunia yang pertama.

Britain yang menjadi kuasa utama “Sun Never Set at British Empire” sentiasa bersaing dengan Perancis untuk menjadi kuasa utama di Eropah dan di dunia. Gerakkan sosialis untuk menuntut keadilan terutama debu taburan dan kenikmatan ekonomi bermula secara hebat diakhir kurun ke-18 dan di awal kurun ke-19.

Revolusi industri memainkan peranan untuk memacu kemajuan Eropah dalam bidang industri pembuatan dan juga pertanian. Revolusi rakyat di Eropah Timur telah berjaya merubah sistem sosial dan taburan ekonomi di Eropah Timur dan juga Eropah Barat.

Kebangkitan kuasa baru (kuasa rakyat) di Soviet, telah merubah peta polar kedudukkan di Eropah samada sosial masyarakat atau taburan ekonomi dan pendapatan rakyat. Untuk menyekat kemaraan komunis atau sosialis ala-ala Soviet dan Eropah Timur, maka Negara England, Jerman dan juga Perancis memberi kebebasan kepada gerakkan buruh dinegara mereka dan segala tuntutan kaum pekerja dan juga kaum petani cuba dilayan sebaik mungkin.

Hasil perubahan sikap golongan elit pemerintah di Eropah Barat, dapatlah mereka menahan kemaraan komunis atau sosialis untuk menguasai Negara-negara mereka.

Eropah mencipta kejayaan hebat dalam kemajuan kebendaan dan keadilan social mengikut acuan mereka dapat diterjemahkan.Negara blok Soviet pula terpaksa membuat reformasi terhadap system socialis mereka atau pemimpin yang menyeleweng dari ajaran socialis terpaksa dirubah dan ditukarkan.

Perubahan besar berlaku dizaman Gorbachev dengan konsep dan slogan “Glasnoth dan Perestrovka” membawa perubahan sistem politik dan kehidupan socialis di Soviet Union. Pembaharuan yang dibuat oleh Mikhail Gorbachev terutama dalam sistem politik dan penguasaan Soviet, melahirkan negara-negara baru CIS yang kebanyakkan penduduknya beragama Islam.

Kazakstan, Azerbaijan, Kirzystan dan Turkmenistan diantara Negara baru yang majoriti adalah penduduk beragama Islam. Di Romania pula rakyat mereka bangun membuat perubahan.

Mereka bangun dan membuat revolusi kedua dengan menjatuhkan presiden mereka (Nicolae Ceausescu), setelah mereka melihat presiden mereka menyalahgunakan mandat rakyat dalam pemerintahan. Jauh sekali daripada hidup sebagai seorang sosialis bahkan presiden Romania itu hidup sebagai seorang Dzar yang mengumpul kekayaan sebanyaknya semasa berkuasa.

Tokoh kesatuan Sekerja (Malisa) mengambil-alih pemerintahan dan cuba membawa perubahan di Poland dan juga di Eropah itu sendiri. Untuk mempertahankan kuasa dominasi di Eropah dan di dunia, Negara-negara Eropah Barat dan Eropah Timur (diketuai oleh Russia) berlumba untuk menunjukkan bahawa sistem dan cara mereka adalah lebih baik untuk memberi keselesaan kepada rakyat dan memperbaiki taraf social rakyat mereka.

Soviet kali ini muncul menjadi kuasa besar ekonomi di Eropah. Kuasa minyak dan gas yang dimiliki oleh mereka digunakan sebagai “Bargaining Power” dengan negara-negara pakatan NATO atau Eropah Barat.

Soviet cuba untuk mengekalkan negara mereka sebagai kuasa persenjataan, pada masa yang sama mereka muncul sebagai kuasa baru dalam bidang ekonomi. Negara Eropah terutamanya Jerman, Perancis dan Britain berusaha semaksima mungkin untuk memberi keadilan dan ekonomi kepada rakyat mereka dan rakyat Eropah. Langkah yang sama diambil oleh Soviet untuk cuba membangunkan ekonomi dan keadilan social kepada rakyat mereka.

Kehidupan Lord dan rakyat marhain miskin dirapatkan – jurang kaya miskin dapat dikurangkan tidak seperti dizaman kehidupan sebelum perang dunia pertama.

Kelas Lord dan Dzar yang disokong oleh golongan agama menikmati hidup yang amat berlainan dengan rakyat marhain yang berkebanyakkan. Pemerintahan Eropah Barat dan kumpulan Soviet berusaha untuk memberi keadilan kepada penduduk dan rakyat dinegara mereka, sebaliknya mereka masih bersikap penjajah kepada negara-negara dunia ketiga. Mereka masih bersikap menindas dan menyokong penindas di luar dunia mereka khasnya di negara-negara umat Islam dan di dunia ketiga.

Negara dan masyarakat Eropah amat mengalu-ngalukan perubahan status social dan nilai demokrasi di negara blok sosialis dan komunis tetapi mereka masih menyokong pemerintahan diktator di negara-negara umat Islam.

Negara-negara beraja di Teluk yang tidak pernah kenal dengan demokrasi, pemerintah negara-negara anarki ini masih didokong oleh negara-negara Eropah khasnya Britain dan Perancis.

Demokrasi, human right, keadilan ekonomi diperjuangkan dan dilaksanakan dinegara mereka tetapi mereka membenarkan dan menyokong negara diktator di negara-negara umat Islam dan juga negara-negara dunia ketiga.

Rakyat Eropah sama ada Eropah Timur dan Eropah Barat telah membuat perubahan demi perubahan untuk memberi keselasaan kepada rakyat mereka, mengekalkan keegoan kuasa mereka. Mereka berusaha membuat perubahan mengikut acuan fikiran dan analisa mereka. Negara umat Islam dan umatnya dipandu dengan kitab Al-Quran, Hadith dan petunjuk Rasul-Rasul dan khasnya Nabi Muhammad s.a.w dan perjalanan sirah yang amat-amat tinggi khazanah serta nilai, tetapi kenapa negara orang Islam paling mundur, rasuah paling tinggi, taburan harta dan kekayaan paling tidak seimbang. Jurang kaya-miskin begitu ketara – kenapa dan mengapa??? Saya akan cuba terus memberi pandangan di keluaran akan datang.