Mereka yang sepatutnya bertanggungjawab..

Kalau dinegara barat, kita boleh melihat pemimpin-pemimpin mereka lebih bertanggungjawab apabila sesuatu kemelut atau masalah menimpa mereka atau parti yang dipimpin. Walaupun ada kalanya masalah yang timbul bukannya berpunca dari mereka tetapi masalah yang dibuat oleh ahli-ahli parti, mereka tetap merasakan mereka yang bertanggungjawab dan mengambil langkah meletak jawatan.

Nasharudin Mat Isa, Mustafa Ali dan Hasan Ali, tiga nama yang disebut oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz b. Nik Mat sebagai pro UMNO sehingga menimbulkan kekecohan didalam PAS, adakah ini mereka benar-benar orang yang bertanggungjawab? sekiranya mereka ikhlas dan bertanggungjawab mereka juga patut meletak jawatan tidak kira jawatan didalam parti mahupun didalam kerajaan.

Begitu juga dengan Presiden PAS Hj. Abdul Hadi Awang, sudah ada ahli PAS yang mempertikaikan kewibaannya sebagai pemimpin. Beliau juga bertanggungjawab dengan segala kemelut yang melanda PAS sekarang, oleh itu beliau juga patut berbuat demikian.

Pemimpin-pemimpin dibarat pun tahu bertanggungjawab, mengapa pula pemimpin yang datang dari sebuah Jemaah Islam tidak boleh berbuat demikian? Kemelut yang datang semuanya berpunca dari mereka, janganlah kita juga menjadi seperti pemimpin UMNO yang memang tidak pernah bertanggungjawab.

4 Responses to “Mereka yang sepatutnya bertanggungjawab..”

  1. aku setuju..pak lah pun letak jawatan, bermakna dia juga ambil tanggungjawab..

  2. mail kerian Says:

    assalamualaikum penjual ubat….ada ka calon lebih baik dari haji hadi untuk jaw presiden.jgn terburu nafsu

  3. penjualubat Says:

    Waalaikumussalam..Tuan Guru Nik Aziz, dia lebih layak..rindu kat mail kerian, esok jumpa kat tempat ceramah Mat Sabu, area sg. bakap..

  4. bahang kota Says:

    tgha tak sama macam 3 orang tu.. depa lebih pada korporat, lebih kearah jaga periuk nasi.. sebab tu jadi lagu tu..

Leave a Reply