Ketika berbual sambil minum pagi tadi, seorang rakan yang bukannya mengambil tahu sangat tentang kemelut yang melanda PAS ketika ini tiba-tiba menyuarakan pandangannya mengenai dua orang pemimpin kontrovesi PAS, ikuti pandangannya.
Nasharudin Mat Isa adalah seorang yang licik, bijak berpolitik dengan membina pengaruh dikalangan pimpinan tetapi kurang mesra dengan orang bawahan. Bukanlah seorang aktivis atau pejuang Islam yang sebenar kerana memilih cara hidup golongan elit dan amat sesuai jika berada didalam UMNO.
Manakala Hasan Ali pula sebelum terjun kedunia politik beliau dahulunya lebih dikenali sebagai pakar motivasi, orang motivasi memang bijak, bila bercakap hendak semua orang dengar, habis bercakap minta orang bayar pula kerana mendengar cakapnya.
Sikap yang juga selalu dilihat ada pada seorang motivator adalah banyak mengkritik, tidak hairanlah seperti yang selalu dikatakan oleh ramai orang di Selangor beliau selalu mengkritik keputusan exco diakhbar sebelum berbincang. Beliau juga amat sesuai jika memilih UMNO sebagai halatuju perjuangannya.














