Archive for September, 2009

Pendedahan Nizar..

Posted in Uncategorized on September 30, 2009 by penjualubat

Didalam ceramah dikawasan Parlimen Bukit Gantang malam tadi, YB Datuk Sri Nizar b. Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen disitu telah mendedahkan bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh beliau sepanjang 10 bulan lebih memerintah Negeri telah berjaya memungut hasil untuk Negeri Perak sebanyak lebih RM700 juta. Kejayaan ini berikutan tiada berlakunya amalan rasuah didalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu.

Menurut beliau lagi, BN yang memerintah sebelum ini pun paling tinggi hanya berjaya memungut RM632 juta setahun.

Bagi kutipan zakat di Negeri Perak pula sepanjang 10 bulan lebih Pakatan Rakyat memerintah, sebanyak lebih kurang RM58 juta pula berjaya dipungut manakala sepanjang BN memerintah sebelum ini pula kutipan paling tinggi hanyalah RM43 juta setahun.

RM58 juta wang zakat yang berjaya dipungut oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak didapati hasil daripada arahan beliau sebagai Menteri Besar ketika itu yang mengarahkan agar anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mengeluarkan zakat. Beliau kemudiannya menceritakan bagaimana arahannya kepada Lembaga Air Perak agar mengeluarkan zakat kerana sebelum ini pihak mereka tidak pernah berbuat demikian diatas alasan tidak pernah mendapat arahan.

Yang paling menarik menurut beliau lagi, pihak DAP mahu pun anggota PKR yang tidak berugama Islam tidak pernah membantah dengan tindakan beliau yang mengeluarkan arahan-arahan tersebut.

Kes Mat Sabu tertangguh lagi..

Posted in Uncategorized on September 29, 2009 by penjualubat

P1000319

Kes Hj. Mohamad bin Sabu yang disebut diMahkamah Jawi, Seberang Perai Selatan hari ini ditangguh lagi sehingga kebulan Mac tahun depan diatas antara alasan dokumen pendakwaan terhadap beliau bersama sembilan lagi yang dituduh baharu diperolehi oleh pihak peguambela.`

Mat Sabu ke Mahkamah lagi..

Posted in Uncategorized on September 28, 2009 by penjualubat

Hari ini AJK PAS Pusat, Hj. Mohamad bin Sabu bersama 9 orang lagi yang tuduh menghalang penjawat awam turun ke Mahkamah Jawi, Seberang Perai Selatan. Kes tersebut akan disambung esok pagi.

ms1.jpg-796379

ADUN Permatang Pasir, YB Ustaz Salleh Man turut hadir memberi sokongan.

28092009091

Peguambela Saudara Hanipa Maidin.

280920090922809200909328092009094280920090972809200909828092009095

Antara yang menghadapi tuduhan bersama Hj. Mohamad b. Sabu.

Mana Presiden dan Timbalan..??

Posted in Uncategorized on September 27, 2009 by penjualubat

Selangor kalut cerita Hasan Ali, Kedah pula makin ramai yang merungut tentang Azizan Razak. Kemana perginya Presiden PAS dan Timbalannya? Macam tak berfungsi langsung..

Takkan nak tunggu Anwar Ibrahim tolong selesaikan..

Rumah Terbuka YB Salleh Man..

Posted in Uncategorized on September 24, 2009 by penjualubat

DSC02437

Ketibaan Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng.

DSC02438

Ramai yang mengambil kesempatan bergambar dengan Ketua Menteri dan YB Salleh Man.

DSC02442

Hj. Mohamad Sabu tidak dapat hadir tetapi anaknya Saiful mewakili beliau.

Ramadan yang berlalu..

Posted in Uncategorized on September 21, 2009 by penjualubat

3 keping gambar kenangan Ramadan yang telah berlalu..

11092009043

Mendengar tazkirah sebelum berbuka di Majlis berbuka puasa ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa. Kelihatan ada bersama Ustaz Aris Awang (Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah).

Ustaz Ramli Wahab

Ustaz Ramli b. Wahab (Bekas Kadi Gopeng) di Majlis berbuka puasa Surau Kg. Guar Petai (Kg. Hj. Mohamad b. Sabu).

18092009059

Pemberian sumbangan Hari Raya oleh JKKK Pajak Song, Kepala Batas. Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat.

Jumaat terakhir Ramadhan..

Posted in Uncategorized on September 19, 2009 by penjualubat

Jumaat terakhir dibulan Ramadhan di istiharkan oleh Imam Khomeini sebagai Hari Al-Qud iaitu hari pembebasan Qiblat pertama umat Islam Masjidil Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis dari cengkaman Yahudi. Peristiharan Hari Al-Qud oleh Imam Khomeini tersebut juga diterima oleh OIC (Pertubuhan Negara-Negara Islam).

Umat Islam mengerjakan Haji, Umrah dan Ziarah, tetapi boleh dikatakan ziarah umat Islam belumlah sempurna selagi umat Islam tidak dapat menziarahi Masjidil Aqsa.

Banyak Negara-Negara Umat Islam mengadakan demontrasi ataupun perarakan sempena hari tersebut, dinegara kita juga berlaku perarakan tetapi perarakan balik kampung sempena cuti menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Umat Islam sebenarnya belum merdeka selagi Masjidil Aqsa masih berada ditangan Yahudi.

Mat Sabu dan kisah Kaab bin Malek..

Posted in Uncategorized on September 17, 2009 by penjualubat

Teater ‘Menunggu Kata dari Tuhan” karya Dinsman yang dilakunkan oleh pelakun Sabri Yunus dan dibantu oleh Sani Sudin telah dipentaskan di Dorm Komtar, Pulau Pinang semalam. AJK PAS Pusat Hj. Mohamad bin Sabu pula diberi peranan sebagai pengulas teater tersebut.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng serta para pegawai Kerajaan Negeri turut hadir menonton teater tersebut.

“Menunggu Kata dari Tuhan” diambil cerita dari sebuah hadis Nabi yang menceritakan bagaimana rasa bersalah dan taubat seorang sahabat Nabi yang bernama Kaab bin Malek ketika beliau berbohong dan melengah-lengahkan dirinya kemedan Perang Tabuk kerana waktu itu keadaan ekonominya jauh lebih baik dari waktu yang sebelumnya.

Kaab bin Malek yang ditanya oleh Rasulullah apakah alasan beliau untuk tidak turut serta didalam peperangan tersebut, pada mulanya cuba memberi alasan palsu tetapi akhirnya bercakap jujur dihadapan Rasullullah. Akibat dari tindakannya itu Rasulullah saw telah bertindak mengarahkan agar beliau dipulau dan tidak dibenarkan orang ramai untuk bercakap dengannya malah beliau juga dilarang dari mendekati isterinya. Ketika beliau dipulau beliau diuji pula dengan kedatangan sepucuk surat dari Raja Qassan yang kafir cuba memanggil beliau dengan berkata beliau akan diterima di Qassan, beliau kemudiannya mengambil tindakan membakar surat raja tersebut.

Kaab bin Malek kemudiannya memohon ampun dan bertaubat kepada Allah sehingga akhirnya dihari ke 50 beliau dipulau Rasulullah membawa berita yang Allah telah menerima taubatnya dan diampunkan segala kesalahannya.

Ketika mengulas kisah Kaab bin Malek ini, Hj. Mohamad bin Sabu mengatakan bagaimana perlunya kita mengambil sikap berterus terang walau pun melalui kepahitan dan penderitaan hidup. Memang terdapat banyak pemimpin, orang kenamaan, negarawan, orang yang berkelulusan tinggi dan berkedudukan istimewa tetapi untuk mencari orang yang jujur seperti Kaab bin Malek amatlah sukar ditemui disetiap zaman.

Ulas beliau lagi, dalam keadaan susah atau senang, janganlah kita menjadi agen musuh, perosak negara dan masyarakat walaupun mendapat tawaran lumayan. Manakala arahan pemimpin walaupun datangnya dari yang bukan Islam selagi ianya tidak berbentuk maksiat dan kerosakkan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan naluri kita.

Menurut beliau lagi, kita juga janganlah sentiasa menyalahkan orang lain diatas kelemahan diri kita dan sekiranya terdapat orang yang berbohong atau menipu untuk mencapai sesuatu, kita pula mesti bersifat telus walaupun terpaksa menderita.

Akhir sekali, beliau berkata kita juga perlu sedar, sebarang kesalahan yang kita lakukan, ianya akan melibatkan penderitaan kepada keluarga. Siksaan Allah kepada kita juga akan membawa penderitaan kepada orang-orang yang kita kasihi. Supaya Allah menerima amalan kita, kita hendaklah banyak berbakti, bersedekah dan banyak berkorban kepada masyarakat.

Ketika mengulas mengenai teater pula, Hj. Mohamad bin Sabu mengatakan Khazanah Islam terdapat terlalu banyak, Pemerintahan Khalifah Omar bin Abdul Aziz yang cuba dijadikan contoh oleh Ketua Menteri Pulau Pinang juga boleh diteaterkan.

Pertemuan tiga agama wahyu, iaitu kisah yang disepakati oleh Judaism (Ugama Yahudi), Kristian dan Islam seperti kisah Ashabul Kafi, kisah Jalut dan Talut, kisah Qabil dan Habil dan kisah-kisah Revolusi Rakyat untuk menegak keadilan malah cerita Moon Cake atau pun Kuih Bulan juga boleh diteaterkan.

Seni budaya sebenarnya adalah suatu perjuangan suci tetapi ianya telah dikotorkan oleh tangan-tangan manusia kapitalis duniawi, menurut beliau lagi.

Apabila MIC Kritik Tun Mahathir..

Posted in Uncategorized on September 16, 2009 by penjualubat

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebelum ini pernah dikritik dengan hebat oleh seorang pemimpin UMNO, waktu itu tidak terdengar pun dari kalangan UMNO yang menganggap kritikan itu sebagai melampau dan biadap.

Keadaannya amat berbeza sekarang ini apabila terdapat perwakilan MIC yang mengkriktik Mantan Perdana Menteri tersebut, malah Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim dilaporkan sebagai berkata tindak tanduk seumpama itu bukannya budaya BN dan MIC perlu bertanggungjawap untuk mengambil tindakan.

UMNO sepatutnya tahu perwakilan MIC sebenarnya belajar dari mereka juga, Tun Mahathir adalah bekas pemimpin mereka. UMNO boleh mengkritik, mereka juga hendak mengkritik apabila mereka merasakan perlu untuk melakukannya.

MIC pula adalah sebuah parti yang mewakili kaum India, mungkin juga UMNO yang merupakan jaguh perkauman sejak akhir-akhir ini mencuba sekali lagi untuk meniupkan api perkauman terhadap kaum India.

Kesombongan UMNO..

Posted in Uncategorized on September 15, 2009 by penjualubat

Semua masjid-masjid yang terdapat di Pulau Pinang berada dibawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIPP), MAIPP pula berada dibawah Kerajaan Negeri. Terjadi satu cerita disebuah kampung di Pulau Pinang yang mana JKKK Kerajaan Negeri (JKKKN) telah memohon kepada Jawatankuasa Masjid tersebut untuk mengadakan satu majlis berbuka puasa dan tahlil di Masjid tersebut. Jawatankuasa Masjid tersebut sudah semestinya majoriti terdiri dari penyokong-penyokong UMNO.

Permohonan JKKKN dikampung tersebut dipercayai telah menimbulkan rasa serba salah pihak Jawatankuasa Masjid tersebut. Diberi timbul rasa tidak puas hati, hendak menghalang kuasa tidak ada. Akhirnya Jawatankuasa Masjid tersebut terpaksa bersetuju untuk memberi kebenaran tetapi bersyarat. Lihatlah antara syarat-syarat yang telah diberikan..

1. Bersetuju memberi kebenaran kepada JKKKN untuk mengadakan majlis tahlil dan doa sahaja sebelum berbuka puasa.

2. Pihak JKKKN hendaklah terlebih dahulu menunaikan janji kepada AJK Kariah untuk menjelaskan RM15000 iaitu kos membaik pulih kerosakkan sistem pembesar suara yang rosak teruk akibat dipanah petir. Menurut JKKKN memang mereka pernah berjanji untuk menjelaskan kos membaik pulih tersebut dan mereka sedang menunggu jawapan dari pihak Kerajaan Negeri.

3. Pihak JKKKN hendaklah mengadakan majlis tersebut mulai jam 6.30 petang hingga selesai solat maghrib sahaja sebagaimana biasa yang diamalkan disitu sepanjang bulan Ramadhan.

4. Pihak JKKKN dikehendaki membayar wang cagaran kebersihan dan kerosakkan sebanyakRM300. Wang cagaran tersebut akan dikembalikan sepenuhnya jika tahap kebersihan seperti sediakala dan tiada sebarang kerosakkan berlaku.

5. Apa sahaja bentuk lambang parti politik termasuk sepanduk yang ada lambang parti politik tidak dibenarkan dipasang didalam dan dipersekitaran masjid.

6. Sebarang ceramah dan tazkirah yang menyentuh isu politik tidak dibenarkan kerana dari dahulu lagi pihak masjid tidak membenarkan mana-mana parti politik menggunakan masjid untuk sebarang aktiviti mereka.

Melihat kepada syarat-syarat yang diberikan, kesimpulannya penyokong-penyokong UMNO dengan pemimpin mereka sama sahaja. Mereka tetap bersikap tidak sedarkan diri, ego dan sombong walaupun mereka sudah kehilangan kuasa.