Mengapa ada yang berubah air muka apabila AJK PAS Pusat, Haji Mohamad b. Sabu menyebut tentang kejayaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin YAB LIm Guan Eng menjimatkan wang sehingga RM36 juta setahun dengan menggunakan kelas ekonomi untuk penerbangan Ketua Menteri, para exco dan pegawai-pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas, begitu juga dengan menggunakan standard room bila menginap dihotel-hotel, mengurangkan majlis-majlis keraian dan melakukan berbagai penjimatan didalam pentadbiran negeri?
Hj. Mohamad b. Sabu juga turut memuji kejayaan Kerajaan Negeri membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang dan bantuan yang diberikan kepada sekolah-sekolah Agama Rakyat diseluruh Pulau Pinang.
Beliau berkata begitu ketika berucap dimajlis pengumuman calon bagi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir malam tadi. Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Salleh b. Man telah dipilih untuk menjadi calon PAS bagi pilihanraya kecil tersebut. Sebelum ini nama Hj. Mohamad b. Sabu juga pernah disebut akan menjadi calon PAS bagi kerusi tersebut dan beliau juga telah dikatakan memberi laluan kepada Ustaz Salleh b. Man untuk dipilih.
Presiden PAS, Hj. Abdul Hadi b. Awang, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat antara yang hadir didalam majlis tersebut.