Jika tidak disebabkan berlaku kematian wakil rakyat rasanya penyokong dan pemimpin BN terutamanya UMNO tentu tidak sanggup lagi untuk menghadapi pilihanraya kecil selepas ini. Ini adalah kerana BN terus menerus mengalami kekalahan demi kekalahan didalam pilihanraya kecil. Yang lebih menyakitkan lagi BN juga terpaksa menghabiskan wang jutaan ringgit bagi menghadapi pilihanraya kecil dan hasilnya amat mendukacitakan mereka.

Benarlah kata-kata Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Nor suatu ketika dahulu,”UMNO boleh hidup kerana duit, tanpa duit, orang UMNO sendiri tak akan menyokong mereka lagi”.

Dipihak Pakatan Rakyat pula, mereka tidak perlu berbelanja besar kerana penyokong mereka telah diajar mengenai pengorbanan. Mereka sanggup mengeluarkan wang poket sendiri demi sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu adalah disarankan kepada penyokong dan pemimpin BN terutamanya UMNO kenalah banyak-banyak berdoa supaya semua wakil rakyat panjang umur agar tidak berlaku lagi pilihanraya kecil selepas ini.