Posted by penjualubat under
Uncategorized 1 Comment
Ada laporan mengatakan berlaku ketegangan antara penyokong PAS dan penyokong UMNO BN pada hari mengundi dalam pilihanraya kecil Manek Urai.
Penyokong kedua belah pihak ada yang cedera, menurut laporan itu lagi. Seperti biasa, pihak UMNO BN akan menuduh pihak PAS yang memulakannya dan dipihak PAS pula akan mengatakan sebaliknya pula.
Kepimpinan PAS terutamanya Timbalan Presiden PAS sendiri, Nasharuddin Mat Isa kenalah fikirkan bagaimana hendak elakkan perkara seperti ini dari berulang lagi dimasa hadapan.
Bagaimana hendak membentuk kerajaan perpaduan bersama UMNO kalau keadaan sebegini berterusan berlaku?
Posted by penjualubat under
Uncategorized Leave a Comment
Apa yang boleh dikatakan apabila PAS hanya memenangi pilihanraya kecil Manek Urai dengan majoriti hanya 65 undi sahaja?
Pada mulanya diberitakan PAS mendapat majoriti hampir 2000 undi, terdengar cakap dari orang-orang PAS sendiri apabila mendengar berita tersebut, “kalah pun tak apa, ajar sikit puak-puak tu” dan ada juga yang berkata “makin sombonglah puak-puak tu”. ‘Puak-puak’ yang dimaksudkan itu dituju kepada segelintir pemimpin PAS yang pernah terlibat membawa idea kerajaan perpaduan.
Kita sesungguhnya tidak pernah menyangka akan keluar kata-kata seperti itu dari mulut orang-orang PAS sendiri. Dahulu kata-kata seperti itu hanya sering didengar dikatakan oleh orang-orang PAS dan ditujukan kepada UMNO BN tetapi sekarang pula ianya dikata oleh orang-orang PAS dan dituju kepada pemimpin PAS sendiri.
Memang malas rasanya untuk menyebut lagi tentang idea kerajaan perpaduan tetapi bila berlaku perkara-perkara seperti ini ianya terpaksa disebut juga. Siapa pun tidak boleh nafikan idea kerajaan perpaduan telah banyak memecahbelahkan PAS. Sedar atau tidak, ramai ahli-ahli PAS yang hilang mood untuk ke Manek Urai, banyak yang pergi atas alasan menghormati Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat.
Tidak juga dapat dinafikan ramai rakyat Manek Urai yang tetap mengundi PAS adalah kerana perasaan hormat mereka kepada Mursyidul Am PAS tersebut, cuba bayangkan bagaimana nasib PAS jika tiada pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz?
Kita berharap kepimpinan PAS yang ada sekarang dapat mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang melanda PAS sekarang dan kita juga berharap keputusan pilihanraya kecil ini tidak menjadi bayangan keputusan Pilihanraya Umum ke 13 nanti.