PAS hanya menang majoriti 65 undi sahaja di Manek Urai. Adakah penyokong-penyokong idea kerajaan perpaduan akan berkata begini? “Cukuplah tu, kalau menang banyak sangat, nanti merajuk pula UMNO, langsung tak mau kawan dengan kita”…
Tuesday, July 14th, 2009
July 14, 2009
July 14, 2009
Hari ini berlangsunglah pilihanraya kecil bagi DUN Manek Urai di Kelantan. Setiap hari kita boleh tengok dalam berita tv mahu pun di akhbar-akhbar bermacam-macam janji kebendaan yang akan diberikan oleh pihak BN sekiranya mereka memenangi pilihanraya kecil tersebut, kita boleh dikatakan tidak mendengar langsung apa pula yang boleh diberikan oleh pihak PAS sekiranya mereka yang menang.
Pihak BN dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihanraya kecil ini. Ini adalah kerana ianya merupakan satu peluang bagi mereka untuk memulihkan imej BN terutamanya UMNO dan juga imej Perdana Menteri sendiri.
Malang sunggup nasib Perdana Menteri yang satu ini, seingat kita Tun Mahathir dan juga Tun Abdullah Badawi sewaktu mula memegang tugas sebagai Perdana Menteri, mereka mempunyai imej yang begitu hebat dan rakyat begitu menaruh harapan yang tinggi kepada mereka. Kedua-dua mereka mencapai kemenangan yang begitu besar didalam pilihanraya umum waktu itu hasil dari kepercayaan rakyat terhadap mereka.
Tetapi tidak kepada Datuk Seri Najib ini, apa pun yang cuba dibawanya dilihat tidak menarik langsung, malang sungguh nasib beliau selepas mewarisi kepimpinan yang terdahulu, ditambah dengan perwatakan yang dibawa oleh isteri beliau Datin Sri Rosmah Mansor yang amat tidak disukai rakyat. Datuk Seri Najib juga menghadapi satu tuduhan skandal dan beliau dilihat tidak pula cuba untuk membersihkan dirinya dari tuduhan tersebut, semua ini menyerlahkan lagi kelemahan beliau.
Kita tunggu sahaja keputusan pilihanraya kecil Manek Urai ini, sekiranya BN tewas juga ini bermakna rakyat memang semakin menolak BN dan segala usaha untuk memulihkan imej BN dan imej Perdana Menteri ternyata gagal.
