Baru-baru ini Perdana Menteri diberitakan mengunjungi ijtimak tabligh dikawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Nampak bersungguh benar Perdana Menteri untuk memulihkan imej dirinya dan juga UMNO BN, sampai golongan tabligh pun diambil kesempatan ditemuinya. Golongan tabligh ini jenis yang tidak mahu berpolitik, tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dan tidak kisah siapa pun yang memerintah asalkan tidak mengganggu mereka.

Mereka akan berbaik dengan sesiapa sahaja asalkan menguntungkan mereka dan tidak menyusahkan mereka, mereka akan hanya mendengar cakap kita tetapi tidak akan menerimanya kerana mereka berkata cakap mereka sahaja yang betul, inilah yang dinamakan kumpulan tabligh dan rasanya mereka sudah mainkan Perdana Menteri.