Archive for July 13, 2009

Kedah Sejahtera..

Posted in Uncategorized on July 13, 2009 by penjualubat

Pergi Sungai Petani semalam, dekat Bandar Laguna Merbok nampak banyak khemah-khemah sedang didirikan. Rupa-rupanya tidak lama lagi akan diadakan Festival Kedah Sejahtera disitu.

Khabarnya ramai artis-artis juga akan dijemput memeriahkan festival tersebut. Sama meriahnya dengan pusat-pusat hiburan yang masih ada di Kedah sekarang. Elok sangatlah, Kedah Sejahtera, sejahtera untuk semua. Semua para Ulama, ustaz-ustaz, mat-mat rempit serta semua golonganlah di Kedah dan yang berdekatan boleh pergi beramai-ramai. Satu lagi projek Sejahtera dari Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Tabligh mainkan PM..

Posted in Uncategorized on July 13, 2009 by penjualubat

Baru-baru ini Perdana Menteri diberitakan mengunjungi ijtimak tabligh dikawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Nampak bersungguh benar Perdana Menteri untuk memulihkan imej dirinya dan juga UMNO BN, sampai golongan tabligh pun diambil kesempatan ditemuinya. Golongan tabligh ini jenis yang tidak mahu berpolitik, tidak akan menyebelahi mana-mana pihak dan tidak kisah siapa pun yang memerintah asalkan tidak mengganggu mereka.

Mereka akan berbaik dengan sesiapa sahaja asalkan menguntungkan mereka dan tidak menyusahkan mereka, mereka akan hanya mendengar cakap kita tetapi tidak akan menerimanya kerana mereka berkata cakap mereka sahaja yang betul, inilah yang dinamakan kumpulan tabligh dan rasanya mereka sudah mainkan Perdana Menteri.