Satu ketika di Kepala Batas,
Melahirkan seorang Perdana Menteri,
Penduduk disitu merasa puas,
Penuh harapan bertambah rezeki.
Di Kepala Batas satu ketika,
Pada mulanya mereka gagah,
Orang tempat mereka pemimpin nombor satu negara,
Mereka menjadi begitu megah.
Sesama sendiri bercakap RM berjuta-juta,
Dapat projek disana sini,
Sebelah mata pun tak pandang kita,
Untungnya besar bila berkroni.
Tapi sekarang dimanakah mereka?
Pemimpin mereka sudah jatuh,
Tak dapat lagi hendak bersuka,
Dahan dipaut rupanya rapuh.
Dahulu pandang kita pun tidak,
Kerana penuh dengan kesombongan,
Sekarang pandang kita tetap pun tidak,
Mungkin kerana baru ada keMALUan.
Orang yang sombong dan jahat jangan dibuat kawan,
Menjadi pesanan setiap ketika,
Kita sekarang sudah ada kesePAKATAN,
Sama-samalah kita jaga.
Ingatlah wahai semua pimpinan,
Jangan dibawa lagi idea kerajaan perpaduan,
Kalau terbayang juga didalam difikiran,
Sekarang juga BOLEH JALAN.
Ingatlah juga wahai pimpinan,
Janganlah sombong bila dah menang,
Elakkan diri dari melakukan kesalahan,
Kelak dengan penyokong sendiri pun TAK SANGGUP BERDEPAN..
