Nasharuddin setaraf Perdana Menteri..
Ketiadaan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa semasa penamaan calon pilihanraya kecil Manek Urai semalam memang telah diduga, khabarnya beliau juga sudah lama tidak pulang ke kawasan Parlimennya di Bachok.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai ketiadaan Nasharuddin, Presiden PAS Hj. Abdul Hadi Awang menjawab “mengapa Najib (Perdana Menteri) tidak datang? Itu biasa sahaja”.
Sebenarnya dalam pilihanraya kecil Perdana Menteri sememangnya jarang menghadirkan diri. Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi juga jarang hadir semasa menjawat jawatan Perdana Menteri dahulu.
Rupanya kedudukannya Nasharuddin sama tarafnya dengan Perdana Menteri.
July 7, 2009 at 1:51 pm
Memang dia bertaraf PM – fasal tu beria bincang dalam gelap dengan Umno tu. Woooo