Archive for July 6, 2009

Orang PAS sudah lupa..

Posted in Uncategorized on July 6, 2009 by penjualubat

Teringat satu peristiwa ketika Muktamar PAS yang lepas, diharap belum terlambat untuk diceritakan.

Dato’ Zaid Ibrahim, seorang bekas menteri kabinet BN yang menjadi ahli PKR sekarang. Semasa Muktamar PAS tempohari beliau turut hadir malah diberi penghormatan apabila diminta berdiri untuk diperkenalkan kepada hadirin oleh Pengerusi Tetap Muktamar tersebut.

Orang PAS banyak yang sudah lupa, beliau pernah menyaman Kerajaan Negeri Kelantan apabila Enekmen Hudud cuba digubal oleh Kerajaan Negeri tersebut ketika itu.

Orang seperti itu layakkah diberi penghormatan?