Dua perkara menarik disebut oleh AJK PAS Pusat, Hj. Mohamad bin Sabu dalam Motivasi Rakyat bertempat di Surau Kg. Baru, Tambak Bunga, Kubang Rotan, Kedah malam tadi.

Pertama beliau memberi ingatan bahawa musuh-musuh Islam tidak akan memberi kemenangan dengan mudah kepada Parti Islam tidak kira dimana negara walau pun kemenangan tersebut berlaku secara sah.

Beliau memberi contoh suatu ketika dahulu FIS, sebuah Parti Islam di Algeria yang memenangi pilihanraya di negara tersebut tetapi tidak dapat memerintah kerana musuh-musuh Islam telah berjaya menggunakan pihak tentera untuk menghalang FIS dari menerajui kerajaan.

Akibatnya ramai pemimpin FIS ditahan dan dipenjarakan, manakala parti berfahaman sekular yang kalah dalam pilihanraya tersebut diberi kuasa memerintah sehingga sekarang. Beliau kemudiannya memberi amaran keadaan yang sama mungkin juga akan berlaku kepada PAS sebagai sebuah Parti Islam, sekiranya PAS berjaya memenangi pilihanraya dinegara kita suatu hari nanti.

Perkara kedua yang juga disebut ialah beliau memetik kata-kata Presiden Iran, Mahmood Ahmedinejad mengenai revolusi di Iran yang mengalami 3 fasa..

Fasa pertama Revolusi menjatuhkan Shah Iran. Fasa kedua Revolusi menghapuskan orang munafik dan fasa ketiga pula ialah Revolusi menghapuskan Ulama ‘Ussuk’ iaitu Ulama Jahat.