Malam tadi Ustaz Tuan Ibrahim b. Tuan Man, Naib Presiden PAS berceramah dikawasan Parlimen Permatang Pauh. Rasanya ini pertama kali beliau berceramah di Negeri Pulau Pinang selepas memenangi jawatan Naib Presiden PAS Pusat.
Tidak ada apa yang menarik pada ceramah yang disampaikan oleh beliau, banyak berkisar kisah-kisah lama. Kisah rakyat sudah muak dengan UMNO, kisah orang bukan Islam sudah mula menerima PAS, kisah orang Cina atau India sudah pandai memberi salam dan mereka sudah boleh membaca beberapa ayat Al Quran. Itu sahaja, kisah terbaru yang disebut pun tentang keputusan pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea kerajaan perpaduan baru-baru ini.
Kita tertanya-tanya, dengan berbagai kerenah yang dibuat oleh pimpinan PAS sekarang, bolehkan kemenangan itu dipertahankan, pimpinan PAS pula tidak sedarkah orang sudah mula mempertikaikan kepimpinan PAS sekarang ini? Terlalu seronok bercerita tentang kemenangan yang sudah berlalu tetapi tidak menjaga kemenangan itu dengan baik, akibatnya nanti mungkin buruk padahnya.
