‘Pemuda PAS dan UMNO pula adakan perbincangan’, berita didalam malaysiakini hari ini. Dewan Pemuda PAS hari ini mengambil langkah baru dengan mengadakan ‘kononnya’ perbincangan ilmiah dengan pergerakan Pemuda UMNO.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan mengumumkan mengenai perkara tersebut dalam satu sidang akhbar bersama dengan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Razali Ibrahim di lobi Parlimen.

Satu lagi usaha untuk melingkupkan PAS dan boleh juga dikatakan satu lagi usaha menyucikan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Bagaimana hendak dikatakan agenda kerajaan perpaduan telah selesai sedangkan masih ada pemimpin-pemimpin kita yang masih mahu berbincang dengan pihak UMNO. Tidak kiralah atas apa alasan sekali pun ini bukanlah masanya untuk kita mengadakan pertemuan atau mengadakan perbincangan dengan pihak UMNO.

Sebelum ini pun sudah ada pemimpin UMNO yang berkata, bukan mereka yang mulakan untuk diadakan perbincangan tetapi pihak PAS yang memulakan dahulu, nampaknya sekali lagi perkara ini berulang. Pemimpin Pemuda kita pula yang terhegeh-hegeh memulakannya dahulu. Dimana maruah Pemuda PAS? Bila diadakan perbincangan sekiranya pihak PAS betul boleh dijaminkan UMNO akan menerima pendapat PAS. Jangan jadi bodohlah Nasrudin..