Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir daripada PAS, YB Dato’ Hamdan b. Abdul Rahman meninggal dunia jam 7.15 pagi tadi di IJN Kuala Lumpur. Beliau dijangka dikebumikan selepas asar di Masjid Kg. Permatang Pasir. DUN Permatang Pasir berada didalam Parlimen Permatang Pauh.
July 2009
July 31, 2009
July 31, 2009
Perhimpunan besar-besaran anti ISA 1 Ogos ini.. maka melalaklah golongan-golongan yang tidak mahu ISA dihapuskan membuat berbagai bantahan terhadap perhimpunan tersebut, malah Mufti Perak, Harussani Zakaria yang sudah tentu tidak bersetuju ISA dihapuskan juga mengeluarkan kenyataan mengatakan sekiranya sesuatu perhimpunan itu mendatangkan huru hara, maka haram menyertainya.
Selalunya sesuatu perhimpunan itu menjadi huru hara apabila pihak keselamatan mula mengambil tindakan seperti melepaskan gas pemedih mata dan orang ramai yang berhimpun pula mula dikejar dan ditangkap. Kita tidak pernah tengok sesuatu perhimpunan itu menjadi huru hara sebelum pihak keselamatan masuk campur, segalanya akan berjalan dengan begitu aman.
Hukum haram di dalam Islam adalah sekiranya dilakukan juga ianya akan mendapat dosa. Oleh itu bagi mengelakkan orang ramai yang hadir di dalam perhimpunan Mansuhkan ISA itu melakukan dosa, maka Mufti Perak tersebut wajib menasihat pasukan keselamatan supaya tidak mengganggu perhimpunan tersebut.
July 29, 2009
Festival Kedah Sejahtera..YB. Amirudin dan kesejahteraannya..
Posted by penjualubat under Uncategorized1 Comment
Semalam merupakan malam terakhir Festival Kedah Sejahtera yang berlangsung di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah. Majlis penutup Festival tersebut telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir. Hj. Amirudin bin Hamzah.
Di dalam ucapan penutupan Festival tersebut beliau berharap Festival seperti itu akan menjadi acara tahunan di Negeri Kedah, beliau juga berharap festival yang berlangsung selama 7 hari itu mendapat keredhaan Allah.
Kita hanya ingin bertanya kepada Ir. Hj. Amirudin, “pada pendapat YB, festival tersebut mendapat keredhaan Allah atau tidak?” Majlis yang bercampur lelaki perempuan, menjadi tempat berdating teruna dara, tempat berkumpulnya mat-mat rempit, ramai yang tidak menutup aurat dan terdengar cerita ada pula penyanyi yang diundang menyanyi sambil terlompat-lompat diatas pentas.
Bila dilihat sama sahaja seperti pemerintahan BN dahulu, apabila ditegur ada pula yang berkata kita baharu setahun memerintah, janganlah kalut sangat hendak buat perubahan, Negeri Kelantan lain, disana orang Melayu Islam ramai, senang hendak dibuat perubahan dan bermacam-macam alasan lagi.
Alasan-alasan ini sama sahaja seperti yang UMNO berikan dahulu, UMNO selalu berkata kita kalau hendak buat Islam tidak boleh kelam kabut tetapi 50 tahun memerintah macam itu juga keadaannya. Kita hendak biarkan keadaan yang sama berlakukah apabila kita diberi peluang memerintah?
MB Kedah dan Exco-Exconya yang bijak pandai mustahil tidak mempunyai idea untuk mengadakan sesuatu upacara yang jauh berbeza dengan pihak UMNO. Sekiranya kita hendak membuat perbezaan atau perubahan bukannya mustahil kerana kita yang memerintah sekarang.
Slogan Kedah Sejahtera nampaknya sekarang memang benar-benar membawa kesejahteraan kerana kepada orang-orang yang suka kepada maksiat juga merasakan kesejahteraannya.
July 28, 2009
Apabila keluar sahaja berita di akhbar-akhbar dan juga berita tv yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat sudah menghulurkan tangan persahabatan dengan pihak UMNO, kita sudah dapat menduga ini semuanya adalah permainan UMNO.
UMNO memang sudah kebuluran sangat hendak berkawan dengan PAS sekarang ini. Lain yang dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat, lain pula yang dicanangkan oleh mereka kepada rakyat. Tujuan mereka hanya dua, pertama mereka hendak memecah belahkan penyokong-penyokong PAS dan juga Pakatan Rakyat, kedua mereka memang berharap sangat dapat berkawan dengan PAS bagi menyelamatkan keadaan mereka yang semakin parah sekarang ini.
Heboh berita-berita tv dan akhbar-akhbar dinegara kita dua tiga hari ini yang menceritakan kononnya Menteri Besar Kelantan tersebut telah berubah fikiran dengan menyokong gagasan kerjasama dengan pihak UMNO, maka melalaklah para pemimpin UMNO yang memberi berbagai pandangan dan ada juga antara mereka berharap Tuan Guru Nik Aziz jangan menarik balik hasrat tersebut.
Tuan Guru Nik Aziz sebenarnya hanya mencadangkan satu hubungan antara dua kerajaan atas dasar semangat persekutuan dan bukannya hubungan antara dua parti PAS dan UMNO.
Satu ingatan untuk UMNO, pemimpin PAS yang lain mungkin mereka boleh berharap untuk bekerjasama tetapi kepada Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat janganlah UMNO bermimpi untuk berbuat demikian.
July 25, 2009
Tindakan Dato’ Sri Nizar b. Jamaluddin yang didakwa memegang dan menyalakan lilin didalam satu majlis bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat, Setiausaha Politik kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini telah menimbulkan berbagai reaksi daripada orang ramai. Malah terdapat seorang Mufti turut mempertikaikan perbuatan Dato’ Sri Nizar tersebut.
Kita juga mendengar selepas itu Dato’ Sri Nizar menafikan yang beliau menghadiri upacara menyalakan lilin tersebut sebaliknya beliau hanya menghadiri sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran pihak DAP.
Mufti tersebut pula baru-baru ini memuji tindakan seorang wanita yang dikatakan menerima serta meminta hukuman 6 sebatan atas keatasnya dilakukan dengan segera atas kesalahan meminum arak.
Yang menjadi persoalan mengapa Mufti tersebut tidak mempertikai hukuman tersebut kerana itu bukannya hukuman mengikut Islam. Sebagai Mufti beliau sepatutnya menerangkan bagaimana sepatutnya wanita itu dihukum mengikut hukum Islam tetapi sebaliknya beliau memuji wanita itu sebagai seorang yang berani mengaku salah. Tidakkah beliau sedar bila berbuat begitu ianya seolah-olah beliau mengiktiraf hukuman tersebut.
Kita juga tidak mendengar apa-apa komen yang dikeluarkan oleh Mufti tersebut apabila Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Zahid Hamidi yang mengadakan pertemuannya dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris baru-baru ini.
Orang yang ditemui Menteri Pertahanan itu datangnya dari sebuah regim yang merupakan musuh Islam nombor satu dan juga pembunuh umat Islam Palestin, sepatutnya Mufti tersebut menegur atau bertanya apa yang mustahak sangat sampai perlu pergi berjumpa manusia-manusia seperti itu?
July 21, 2009
Kita boleh katakan, tragedi kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor adalah bermula dari punca rasa tidak senang pihak BN melihat negeri yang kaya seperti Selangor diperintah oleh sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat.
Mereka mula mencari kesalahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, berbagai tuduhan dibuat dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diarahkan memainkan peranannya. Apa yang amat dikesalkan, mengapa apabila ada tuduhan yang dilemparkan kepada pihak BN, pihak SPRM tidak pula serakus itu untuk menyiasatnya.
Akibat sibuk mencari kesalahan orang lain, akhirnya mengorbankan satu nyawa, pihak SPRM pula menghadapi berbagai tuduhan dari rakyat sekarang.
Kesan besar yang mungkin berlaku dari kejadian tersebut adalah yang terkorban itu seorang yang berbangsa Cina, sebelum ini didalam pilihanraya umum yang lalu kaum Cina dilihat tidak mengundi BN. Akibatnya 5 buah negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat.
Kejadian yang berlaku ini pula akan menambahkan lagi hilangnya kepercayaan kaum Cina dan juga menambahkan pula kemarahan mereka terhadap BN. 1 Malaysia yang dilaung-laungkan BN pula awal-awal lagi sudah mula menunjukkan ianya juga akan mengalami kegagalan.
July 19, 2009
Bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Jui Meng keluar dari MCA dan menganggotai PKR, beliau memberi alasan antara sebab beliau berbuat demikian adalah kerana kematian misteri Teoh Beng Hock, seorang Setiausaha Exco Selangor yang ditemui mati jatuh dari Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam.
Ini adalah satu sikap yang boleh dijadikan contoh yang datangnya seorang pemimpin berbangsa Cina, mereka boleh berubah sikap bila ada sesuatu perkara yang memerlukan mereka berubah dan mereka juga tidak takut mengenepikan semua kepentingan yang ada.
Manakala sikap orang Melayu terutamanya penyokong UMNO di Malaysia memang menyedihkah, kebanyakkan mereka memang tidak peka dalam apa isu sekali pun. Banyak yang mengambil sikap tidak peduli, tidak kena dekat kita peduli apa. Malah ada kalanya bangsa sendiri teraniaya pun ramai yang bersikap tidak mahu ambil tahu.
Ini amat berbeza dengan sikap orang Cina dan India, mereka memang peka dalam apa isu sekali pun. Walau pun mereka datang dari berlainan parti politik tetapi sekiranya ada isu yang tidak relevan mereka boleh bekerjasama untuk menentangnya.
Parti yang mempunyai keahlian orang Melayu yang ramai dinegara kita adalah UMNO dan PAS, walau pun ada usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk cuba menyatukan UMNO dan PAS, yang boleh nampak ianya akan menemui kegagalan kerana UMNO hanya akan mahu bersatu dengan PAS sekiranya ianya menguntungkan mereka dan UMNO juga mustahil sanggup berubah dari perangai buruk mereka sebelum ini, dipercayai juga setelah mereka kukuh kembali PAS akan ditendang.
Begitu juga dengan PAS, untuk bersatu dengan UMNO pemimpin-peminpin PAS yang berusaha kearah itu akan ditentang habis-habisan oleh ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Bagaimanalah mereka akan bersetuju dengan tindakan itu setelah sekian lama UMNO terus menerus bersikap begitu angkuh, sombong dan hanya mementingkan diri sendiri.
Kesimpulannya nasib bangsa Melayu memang malang, tidak boleh bersatu kerana sikap UMNO yang tidak peka dan tidak mahu berubah.
July 18, 2009
10 orang mati dan lebih 50 orang dilaporkan cedera apabila bom berkuasa tinggi diletupkan hampir serentak di dua buah hotel mewah dipusat bandar Jakarta.
Salah satu hotel tersebut adalah Hotel JW Marriot. 3 bulan lepas sewaktu berkunjung ke Jakarta bersama 2 orang rakan, kami cuba bergambar didepan hotel tersebut tetapi tidak sempat kerana dihalang oleh seorang anggota polis disitu.
Rupanya segala kemungkinan yang akan berlaku memang dapat dirasakan oleh pihak berkuasa dan pemerintah Indonesia kerana sebelum ini didalam tahun 2003 hotel tersebut sudah pernah menerima serangan bom yang telah mengorban 12 nyawa.
July 16, 2009

Seekor ikan dipercayai jenis jerung paus (whale shark) yang tersangkut dipukat nelayan pantai Kota Kuala Muda, Seberang Perai pagi tadi.
July 16, 2009
Doa UMNO semua Wakil Rakyat panjang umur..
Posted by penjualubat under UncategorizedLeave a Comment
Jika tidak disebabkan berlaku kematian wakil rakyat rasanya penyokong dan pemimpin BN terutamanya UMNO tentu tidak sanggup lagi untuk menghadapi pilihanraya kecil selepas ini. Ini adalah kerana BN terus menerus mengalami kekalahan demi kekalahan didalam pilihanraya kecil. Yang lebih menyakitkan lagi BN juga terpaksa menghabiskan wang jutaan ringgit bagi menghadapi pilihanraya kecil dan hasilnya amat mendukacitakan mereka.
Benarlah kata-kata Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Nor suatu ketika dahulu,”UMNO boleh hidup kerana duit, tanpa duit, orang UMNO sendiri tak akan menyokong mereka lagi”.
Dipihak Pakatan Rakyat pula, mereka tidak perlu berbelanja besar kerana penyokong mereka telah diajar mengenai pengorbanan. Mereka sanggup mengeluarkan wang poket sendiri demi sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.
Oleh itu adalah disarankan kepada penyokong dan pemimpin BN terutamanya UMNO kenalah banyak-banyak berdoa supaya semua wakil rakyat panjang umur agar tidak berlaku lagi pilihanraya kecil selepas ini.
