Almarhum Datuk Asri b. Hj. Muda – Bekas Presiden PAS (dulunya dipanggil Yang DiPertua Agung PAS) seorang pemidato yang hebat tapi sayangnya beliau akhirnya meninggalkan PAS.
Almarhum Hj. Yusoff Rawa – Bekas Presiden PAS, pengganti Datuk Asri, sepanjang menjawat jawatan tersebut tidak pernah membawa masalah kepada parti. Seorang pemimpin yang hebat.
Almarhum Hj. Fadzil Nor – Bekas Presiden PAS, pengganti Hj. Yusof Rawa, PATAH TUMBUH HILANG TAK BERGANTI, seorang pemimpin yang cukup hebat, belum ada pengganti.
Tuan Guru Hj. Nik Aziz b. Nik Mat – Mursyidul Am PAS, seorang yang tegas, berprinsip, juga tiada tolok banding, PAS akan sukar mendapat pengganti seperti beliau.
Hj. Abdul Hadi b. Awang – Presiden PAS sekarang, diawal kemunculan beliau didalam PAS, beliau dilihat begitu hebat, malangnya sekarang suka melatah, masih boleh dihormati sebagai seorang Ulama, kelemahan beliau, beliau tidak tegas dan boleh mengikut telunjuk orang lain.
Nasharuddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS sekarang, seorang yang langsung tak boleh pakai, tak berfungsi, lemah, hanya bergantung dijubah-jubah Ulama untuk terus menjadi Timbalan Presiden, tidak boleh dipercayai langsung.
Hj Mahfuz Omar – Naib Presiden PAS, ramai yang mengatakan beliau sombong dan mementingkan diri sendiri.
Salahudin Ayub – Naib Presiden PAS, macam lalang.
Tuan Ibrahim Tuan Man – Belum dapat dibuat penilaian.
Hj. Husam Musa – Bekas Naib Presiden PAS, seorang yang dikatakan susah hendak bercampur dengan orang bawahan namun ada prinsip.
Hj. Mohamad b. Sabu – Bekas Naib Presiden PAS, ada kelemahan tetapi seorang yang berprinsip. Tidak pernah gentar dalam perjuangan walau pun sering diuji, boleh bercampur dengan semua golongan, penceramah yang hebat.
Sekiranya ada yang tidak setuju dengan pandangan ini, terpulanglah, ini hanyalah suatu pandangan.









