Archive for May, 2009

Penanti begitu hambar..

Posted in Uncategorized on May 24, 2009 by penjualubat

Suasana pada hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Penanti semalam berlangsung begitu hambar. Ia  berikutan tindakan BN tidak menyertai pilihanraya kecil tersebut.

Ada juga yang menyifatkan keadaannya sama seperti menziarahi orang mati malah ada juga yang berkata rupanya bila tidak ada  BN keadaan akan menjadi begitu aman. Orang ramai yang hadir kelihatan hanya berjalan-jalan sambil mengunjungi gerai-gerai atau berbual sesama sendiri.

Agaknya beginilah keadaan bila UMNO BN menemui ajalnya nanti.

Ceramah Mat Sabu di DUN Penanti..

Posted in Uncategorized on May 23, 2009 by penjualubat

Budak-budak main gelongsor,
Main gelongsor di Mengkuang Titi,
Calon Kita Dr. Mansor,
Nanti jadi ADUN Penanti..

Demikian bunyi pantun yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Hj. Mohamad b. Sabu malam tadi sebagai mukadimah ucapan beliau dalam pelancaran gerak kerja Pemuda Keadilan untuk pilihanraya kecil Dun Penanti yang akan berlangsung pada 31 Mei, 2009 nanti.

Beliau juga menyebut bagaimana tidak pernah terfikir langsung bahawa suatu hari nanti BN akan takut dan menarik diri untuk menyertai pilihanraya. Pihak pembangkang sudah sekian lama tetap menyertai pilihanraya walau pun tahu akan mendapat kekalahan tetapi BN baru kalah tiga pilihanraya kecil sudah tidak berani lagi untuk menghadapinya, tambah beliau lagi.

Turut sama berucap didalam majlis tersebut adalah Penasihat PKR, Datuk Sri Anwar b. Ibrahim.

Berlaku lagi pilihanraya kecil..

Posted in Uncategorized on May 22, 2009 by penjualubat

ADUN Manik Urai, Kelantan dari PAS, Ismail Yaacob meninggal subuh tadi. Ini bermakna pilihanraya kecil akan berlaku lagi.

Melihat kepada kenyataan Perdana Menteri sebelum ini BN rasanya juga tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN tersebut kerana seperti yang pernah disebut oleh Perdana Menteri, pilihanraya kecil adalah permainan politik pembangkang dan pihak kerajaan juga tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Penanti..kata tak mahu membazir..

Posted in Uncategorized on May 22, 2009 by penjualubat

Walau pun BN telah membuat keputusan untuk tidak menyertai pilihanraya kecil Dun Penanti dengan antara alasan yang diberikan ianya membazirkan wang rakyat, pihak Kerajaan Pusat yang dinaungi BN telah mula membina khemah-khemah pasukan keselamatan yang menelan entah berapa banyak wang rakyat di Dun Penanti.

Setakat ini didapati ada dua tempat khemah-khemah itu didirikan, satu berdekatan dengan Pekan Penanti manakala satu lagi bertempat berhampiran Pekan Bukit Mertajam. Menurut seorang kawan ada suatu lagi tempat yang tidak dapat dipastikan khemah-khemah juga sedang didirikan.

Keadaan seperti ini sudah biasa akan berlaku dinegara kita sekarang tidak kira dimana tempat sekali pun apabila berlakunya pilihanraya kecil. Macam mana ni..? kata tak mahu membazir..

Cerita seorang sahabat dengan seorang Ulama..

Posted in Uncategorized on May 20, 2009 by penjualubat

Seorang sahabat telah menceritakan persahabatannya dengan seorang  pemimpin PAS (waktu itu) bertaraf  Ulama suatu ketika dahulu, sahabat tadi selalu mengikuti pemimpin tadi berceramah diserata tempat ditanahair kita. Cerita ini berlaku sekitar tahun 80 an.

Pada suatu malam ketika dalam perjalanan pulang dari suatu tempat ceramah, pemimpin PAS tadi tiba-tiba merungut ‘apalah nasib kita ni? tengok Anwar Ibrahim, sekarang beliau sudah bersenang lenang’. Waktu itu Datuk Sri Anwar Ibrahim baru sahaja masuk UMNO dan dilantik menjadi Timbalan Menteri.

Kata-kata  pemimpin PAS itu amat mengejutkan sahabat tadi tetapi beliau hanya mendiamkan dirinya sahaja. Selepas dari kejadian pada malam tersebut, sahabat tadi telah menyebut dihadapan ramai orang bahawa suatu hari ini tidak mustahil pemimpin PAS  itu akan masuk UMNO. Ramai pula yang memarahi beliau kerana menyebut begitu. 

Namun apa yang dikatakan oleh sahabat tadi benar-benar berlaku, tidak lama selepas itu pemimpin PAS tadi pun mengistiharkan diri keluar dari PAS dan memasuki UMNO.  Sampai sekarang beliau masih lagi  menjadi ahli UMNO dan memegang suatu jawatan yang diberi oleh Kerajaan Pusat.

Cerita ini boleh dijadikan contoh bagaimana seorang manusia yang bertaraf  Ulama dan pernah menjadi salah seorang pemimpin sebuah gerakan Islam sanggup  meninggalkan perjuangannya demi mengejar kedudukan.

Bila BN tak bertanding di Penanti, adakah..?

Posted in Uncategorized on May 18, 2009 by penjualubat

Bila BN  tidak meletakkan calon bagi pilihanraya kecil DUN Penanti, satu persoalan akan timbul..APAKAH BAYANGAN ALTANTUYA JUGA TIDAK AKAN MUNCUL DIHARI PENAMAAN CALON NANTI??

Dakwaan Ketua Dewan Ulama PAS mengejutkan..

Posted in Uncategorized on May 18, 2009 by penjualubat

Memang sungguh berat dan mengejutkan dakwaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang mendakwa terdapat pemimpin parti itu cuba mempengaruhi perwakilan dengan mengadakan jamuan dan pemberian baju.

Sekiranya benarlah dakwaan tersebut sungguh malang kerana sebagai sebuah Parti Islam kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Setelah mendapat baharu sedikit kekuasaan PAS sudah mula menjadi seperti UMNO.

Dewan Harian PAS telah bersetuju untuk memanggil Ketua Dewan Ulama tersebut dalam suatu mesyuarat khas. Kita berharap sekiranya ada bukti-bukti yang dapat dikemukakan oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi tindakan tegas segera akan diambil.

Janganlah kita menjadi seperti UMNO, sudah terbukti Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam mengamalkan politik wang tetapi masih dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka dan juga kita berharap sekiranya dakwaan tersebut benar ianya bukan dilakukan oleh golongan yang boleh dipanggil Ulama.

MU lawan Arsenal..kita terus dijajah??

Posted in Uncategorized on May 17, 2009 by penjualubat

Pergi minum disebuah gerai lepas maghrib tadi. Ramainya pelanggan digerai tersebut tidak kira tua muda, rupanya malam ini Manchester United (MU) lawan Arsenal. Minat juga bola tetapi tidaklah seserius masa remaja dahulu.

Perlawanan itu berkesudahan dengan seri tanpa jaringan akan tetapi satu mata yang diperolehi cukup untuk menjulang MU menjadi juara. Berteriak sakanlah penyokong MU digerai tersebut macam berada di stadium.

Tak ada apa-apa yang hendak dikomen cuma waktu itu terdengar kata-kata seorang pelanggan digerai tersebut.. ’Sampai sekarang Orang Melayu terus dijajah oleh Orang Putih’..Sama-samalah kita renungkan kata-kata tersebut..

BN..Pakatan Rakyat berbincang??

Posted in Uncategorized on May 15, 2009 by penjualubat

Menurut laporan Malaysiakini hari ini Ketua Penerangan UMNO  Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata perbincangan BN-Pakatan Rakyat berhubung kemelut di Perak perlu berlandaskan kepada konsep ’sama-sama menang’.

Ianya perlu menguntungkan serta memberi kesejahteraan kepada rakyat Negeri Perak dan BN mahu memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat Negeri itu, saya rasa rakyat Perak tidak mahu perbincangan yang mempunyai agenda tertentu, tambah beliau lagi.

Beliau juga menolak syarat pembubaran Dewan Undangan Negeri kerana jika ada syarat seperti itu beliau pasti pertemuan tersebut tidak akan menjadi.

Persoalannya sekarang, mengapakah sekarang yang beria-ia sangat hendak berbincang datang dari pihak BN ? Perdana Menteri dan UMNO Perak sudah tersalah langkahkah apabila merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak? Apa dan macam mana yang dimaksudkan konsep ’sama-sama menang’? Benarkah rakyat Perak tidak mahu perbincangan yang mempunyai agenda tertentu atau yang sebenarnya BN yang mempunyai agenda untuk terus berkuasa dan persoalan yang lebih penting ialah adakah peristiwa BN dan Pakatan Rakyat bertemu dan berbincang bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak itu akan berlaku?

Kumpulan ‘Erdogan’ juga tidak perlu wujud..

Posted in Uncategorized on May 15, 2009 by penjualubat

Golongan yang dinamakan ‘Kumpulan Erdogan’ juga tidak perlu wujud didalam PAS. Ada yang berkata kumpulan ini  cenderung kepada keinginan untuk  mengukuhkan Pakatan Rakyat.  Mengukuhkan pakatan didalam Pakatan Rakyat memanglah suatu perkara yang baik tetapi kumpulan Erdogan ini nampaknya lebih bertuankan Anwar Ibrahim dari pimpinan PAS sendiri.

Yang menjadi persoalan mengapakah perlu ada pihak didalam PAS yang terlalu memuja Anwar Ibrahim, PAS ada kepimpinan sendiri dan dasar sendiri. PKR yang dipimpin Anwar sendiri tidak dapat menjaga ahli-ahlinya, malah sekarang ini rakyat sudah mula menolak PKR sedikit demi sedikit.

Contoh terbaru yang didapati adalah apabila rakyat Penanti lebih suka calon yang dipilih untuk menghadapi pilihanraya kecil Dun Penanti adalah dari PAS, malah kaum Cina dan India sekarang lebih mempercayai PAS dari PKR.  Juga boleh dikatakan sekarang ini  pihak DAP lebih boleh dipercayai keikhlasan mereka didalam Pakatan Rakyat berbanding PKR.