Hasil dari tinjauan yang dibuat, calon PAS lebih disukai untuk menjadi calon bagi pilihanraya kecil DUN Penanti yang dijangka akan berlangsung pada 31 Mei depan. Purata rakyat kawasan DUN tersebut tidak kira Melayu, Cina dan India sangat-sangat berharap ADUN yang akan mewakili mereka nanti datangnya dari PAS.
Menurut Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Hafiz b. Nordin dan juga Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Saudara Omar bin Hassan ini adalah permintaan dan kehendak dari akar umbi.
Sebelum ini Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar b. Ibrahim telah mengumumkan Dr. Mansor b. Othman dipilih sebagai calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil tersebut. Tidak dapat dipastikan samada Ketua Umum PKR tersebut telah mengadakan mesyuarat dengan pihak komponen Pakatan Rakyat sebelum mengumumkan calon tersebut.
Perkara terbaik yang seharusnya dilakukan oleh Ketua Umum PKR adalah membuat tinjauan dahulu siapakah pilihan rakyat untuk menjadi calon bagi kawasan tersebut.









