Archive for October, 2008

KHAIRY?? MUDAH KITA LAWAN??

Posted in Uncategorized on October 18, 2008 by penjualubat

Aku pernah mendengar dari seorang bekas Adun UMNO dari sebuah negeri diselatan tanahair yang mengatakan PM pernah mempertahankan Khairy Jamaluddin bila ada orang mengatakan kekalahan BN di lima buah negeri antaranya berpunca dari menantunya. Menurut bekas Adun itu lagi PM juga berkata menantunya itu seorang yang bijak dan pihak pembangkang akan menerima Khairy bila-bila saja kalau beliau hendak menganggotai pembangkang. Sayang sungguh nampaknya PM dekat menantunya itu.

Malangnya PM hanya seorang sahaja yang amat sayangkan menantunya. Sebagai Pengerusi BN PM gagal untuk mengajak atau mendidik kesemua ahli-ahli komponen BN yang lain untuk sama-sama menyayangi menantunya itu. Ramai ahli-ahli UMNO yang ditemui mengatakan mereka tidak sukakan Khairy. Terjadinya kejadian nama Khairy di”boo” beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa apabila seorang perwakilan cuba mencalonkan beliau sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Pusat.

Sebelum ini pernah terdengar cerita dari seorang rakan yang menceritakan Khairy di”boo” oleh peminat-peminat bolasepak apabila gambarnya tersiar di skrin besar Stadium Darulaman  Kedah ketika beliau pergi menonton satu perlawanan bolasepak di stadium tersebut.

Berita terbaru yang kita dengar ketika perhimpunan Pemuda MCA sewaktu perbahasan seorang perwakilan pemuda menggesa pihak berkuasa menahan Khairy dibawah ISA kerana membuat kenyataan berbaur perkauman. Gesaan perwakilan tersebut mendapat tepukan yang gemuruh dari perwakilan dan menurut cerita Khairy ada sama dalam perhimpunan tersebut.

Kesimpulannya dalam keadaan Khairy sekarang bagaimanakah nasib menantu kesayangan PM itu dalam pertarungan beliau untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO pusat? Masihkah ahli-ahli UMNO mahu mempertahankan beliau yang sekarang ini dibenci oleh rakyat berbilang kaum dinegara kita termasuk dari ahli-ahli komponen BN sendiri? Seperti kata Naib Presiden PAS Hj. Mohammad Sabu, kalau Najib yang menjadi PM selepas ini lebih mudah kita lawan kerana beliau seorang yang bermasalah dan kepada Khairy mungkin kita juga boleh berkata begitu jika beliau memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pusat.

DAP nombor 1..Mat Sabu.

Posted in Uncategorized on October 17, 2008 by penjualubat

Menyusul kepada cerita ceramah Naib Presiden PAS, Hj. Mohammad Sabu bertempat dirumah Datuk Sri Anwar Ibrahim dekat Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam sebelum ini, antara lain Naib Presiden PAS itu juga berkata beliau meletakkan kepimpinan DAP ditempat nombor satu sekarang ini dalam usaha mereka membenteras rasuah dan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

Hj. Mohammad Sabu sekali lagi memuji Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam memberi perkhidmatannya kepada rakyat. Kita sebagai orang Islam patut merasa malu dengan DAP atas segala usaha yang mereka berjaya lakukan selama ini, setakat ini kita tidak terdengar ada kepimpinan DAP yang menggunakan kuasa yang ada kepada mereka untuk kepentingan sendiri, ujar beliau lagi.

Ceramah Mat Sabu dirumah Anwar Ibrahim.

Posted in Uncategorized on October 16, 2008 by penjualubat

Naib Presiden PAS Hj. Mohammad Sabu memberi peringatan kepada ahli-ahli PAS, PKR dan DAP supaya berhati-hati dengan isu perkauman yang cuba dibawa oleh pihak UMNO sekarang. Peringatan itu diberikan ketika beliau berceramah semalam di Galeri Pejuang dekat kediaman Datuk Sri Anwar Ibrahim, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam.

Menurut beliau lagi isu perkauman sering dimainkan oleh pihak UMNO apabila mereka berada dalam keadaan lemah dan selalunya bila isu ini dimainkan ianya akan dapat menyelamatkan mereka. Beliau berharap ahli-ahli gabungan Pakatan Rakyat ini tidak terus terpedaya dengan mainan politik UMNO tersebut.

Beliau juga berharap satu Suruhanjaya Siasatan diadakan untuk menyiasat segala tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun A. Razak agar ianya dapat membersihkan nama beliau dari segala tuduhan-tuduhan tersebut sebelum dilantik menjadi Perdana  Menteri.

Sebelum ini setiap kali bila pemimpin nombor satu negara bertukar rakyat akan menarik nafas lega kerana mereka mengharap pemimpin tersebut dapat memimpin negara dengan lebih baik dari pemimpin yang sebelumnya. Akan tetapi bila nama Datuk Sri Najib disebut akan menjadi Perdana Menteri selepas ini ia tidak berlaku seperti itu, ramai rakyat mula mengeluh  kerana mereka seringkali terdengar bermacam-macam berita yang tidak baik mengenai Datuk Sri Najib, menurut Hj. Mohammad Sabu lagi.

Anwar Ibrahim dan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor..

Posted in Uncategorized on October 15, 2008 by penjualubat

Kita tentu masih mengingati bagaimana kehebatan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor ketika menjadi Ketua Pembangkang berucap di Parlimen dalam menyampaikan hujah-hujah dan mematahkan hujah-hujah pihak lawan ketika itu. Kehebatan Allahyarham itu rasanya tidak dapat ditandingi oleh mereka yang menjadi Ketua Pembangkang selepas kematian beliau.

Namun kini setelah kemunculan semula Datuk Sri Anwar Ibrahim didalam Parlimen dan menjadi Ketua Pembangkang pula dapat mengingatkan kembali nostalgia Allahyarham Ustaz Fadhil Nor kepada kita. Datuk Sri Anwar telah mula menunjukkan kehebatan beliau didalam Parlimen walau pun Parlimen baru dua hari bersidang.

Ada akhbar hari ini yang mengatakan ucapan Datuk Sri Anwar Ibrahim selama 5 jam lebih dipulau oleh ahli-ahli Parlimen BN akan tetapi hakikatnya mereka sebenarnya takut hendak berdepan dengan beliau. Malah Timbalan Perdana Menteri yang berjaya dikesan berada dikawasan Parlimen oleh seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga tidak berani masuk kedewan untuk berdepan dengan Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Antara kelebihan yang ada pada Datuk Sri Anwar Ibrahim adalah kerana sebagai Mantan Timbalan Perdana Menteri beliau tahu bagaimana orang yang berdepan dengan beliau didalam Parlimen.

Ibrahim Ali jadi alat RTM.

Posted in Uncategorized on October 14, 2008 by penjualubat

Sebelum bermula siaran langsung dari Parlimen di RTM 1 pagi tadi, pihak RTM telah mengundang Ahli Parlimen Batu Pahat Dr. Puad Akashi dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali untuk memberi ulasan mengenai perjalanan Parlimen semalam.

Tidak perlulah dibincangkan mengenai Dr. Puad Akashi kerana beliau telah pun dibasuh oleh Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam sidang  parlimen tersebut.

Yang amat dikesalkan ialah sikap Datuk Ibrahim Ali, beliau mengambil kesempatan muncul di tv dengan mengkritik Datuk Sri Anwar Ibrahim, sebelum ini rasanya pihak RTM 1 tidak pernah memanggil ahli-ahli Parlimen dari pembangkang untuk memberi sebarang ulasan tentang perjalanan Parlimen tetapi tiba-tiba hari ini memberi tempat kepada beliau.

Bukan kita tidak boleh mengkritik dan memang kita tidak boleh bersetuju semua perkara dengan Datuk Sri Anwar Ibrahim, tetapi janganlah pula kita dijadikan alat RTM yang selama ini terang-terang menjadi lidah BN. Ada bermacam-macam cara lagi untuk kita menegur kalau kita tidak bersetuju.

Sepatutnya Datuk Ibrahim Ali sedar tentang perkara ini. Janganlah kerana sedap dipuji sebagai pejuang orang-orang Melayu oleh pengacara tv tersebut membuat Datuk Ibrahim Ali lupa sebenarnya beliau dijadikan alat oleh RTM untuk mencari salah Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Apa yang bakal Pak Lah tinggalkan??

Posted in Uncategorized on October 11, 2008 by penjualubat

Walau pun terdapat banyak penyelewengan dan salah guna kuasa diera beliau menjadi Perdana Menteri rakyat Malaysia sekarang tetap akan teringat kepada Tun Mahathir apabila melihat jambatan Pulau Pinang, lebuhraya utara selatan, pembangunan Putrajaya dan bermacam-macam lagi kerana semua itu terbina semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Manakala tidak lama lagi Pak Lah pula akan berhenti menjadi Perdana Menteri. Cuba kita renung kembali apakah sumbangan Pak Lah yang boleh membuatkan kita akan teringat kepada beliau apabila melihatnya. Rasanya memang tidak ada, semua yang dirancang beliau menemui kegagalan. Apatah lagi selepas BN terlepas beberapa negeri kepada Pakatan Rakyat dan beliau sukar mendapat kerjasama dari Kerajaan-Kerajaan Negeri tersebut.

Ternyata apa yang hanya boleh membuat kita teringat kepada beliau adalah diantara 5 orang Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah adalah Perdana Menteri yang paling lemah.

Najib akan jatuh kerana……..Mat Sabu.

Posted in Uncategorized on October 11, 2008 by penjualubat

Menurut Naib Presiden PAS Hj. Mohammad Sabu, Mahathir jatuh kerana sifat egonya, Pak Lah jatuh kerana menantunya manakala selepas ini Najib pula akan jatuh kerana isterinya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Bagan Serai, Perak semalam.

Khairy bakal tertungging..

Posted in Uncategorized on October 9, 2008 by penjualubat

Apabila ditanya kepada kebanyakkan ahli-ahli UMNO bagaimanakan peluang Khairy Jamaluddin untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO jika bapa mertuanya benar-benar melepaskan jawatan Presiden UMNO itu nanti, rata-rata mereka berharap dan mengatakan Khairy akan tertungging dalam pertandingan tersebut.

Ternyata berita Perdana Menteri yang akan melepaskan jawatannya itu nanti amat mengembirakan ramai orang yang tidak menyukai menantu beliau itu. Ramai yang mengatakan antara penyebab kekalahan BN dalam pilihanraya umum yang lalu adalah berpunca dari Khairy.

Kita juga tentu tertanya-tanya bagaimanakan nasib Khairy selepas ini?