July 2008


Aku dah letih la, letih sangat bila banyak berfikir. Dah la terkejut minyak naik tak habis lagi, perbelanjaan harian makin bertambah. Tiba-tiba pemimpin kita pula buat perangai. Elok-elok duduk dalam Jemaah Islam sibuk  pula nak bekerjasama dengan puak-puak yang tak mahu kepada Islam.

Aku ni tak berpelajaran tinggi, jahil ugama pula. Ingat bila duduk dalam Jemaah Islam ni boleh la pemimpin-pemimpin kita tolong beri didikan atau bimbingan. KIta cukup menghormati mereka tapi bila mereka buat macam ni kita cukup kecewa. Dulu mereka pernah menjaja satu Malaysia mengatakan UMNO tu parti sekular, parti thaqut, parti kebangsaan yang nabi tak mengaku umat dan macam-macam lagi hinggakan aku meluat sangat dengan UMNO dan aku akan ucapkan NAU’ZUBILLAH bila dengar nama UMNO.

Tetapi kenapa sekarang lain pula jadinya? Allah uji sedikit sahaja dengan memberi sedikit kemenangan mengapa sudah lupa diri, sudah tak dapat bersabar hendak jadi pemimpin negarakah? Bagi aku yang jahil ini biarlah kita tak menang asalkan aqidah kita terjaga.

Sebelum kita hendak Bermuqabalah atau Bermuzakarah  (tak kiralah apa pun) aku yang jahil ini hendak minta tolong tanya satu soalan sahaja dahulu dekat UMNO, mahukah UMNO menerima dasar-dasar Islam yang kita perjuangkan dan mahukah UMNO untuk menegakkan sebuah Negara Islam dan menjadikan Al-Quran sebagai perlembagaan?.

Aku bersetuju dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kalau UMNO benar-benar menerima Islam sepenuhnya kita bubarkan sahaja PAS dan ramai-ramai menyertai UMNO. Pak Lah nak jadi Perdana Menteri jadilah.

Nampak sangat UMNO semakin tenat sekarang, hampir setiap hari ada saja pemimpin UMNO akan bercakap tentang perlu adanya muzakarah dengan PAS. Untuk perpaduan Melayu dan kepentingan Islam kononnya dijaja satu Malaysia.Dengar cerita isu muzakarah juga disebut dalam setiap perasmian mesyuarat cawangan-cawangan UMNO, macam satu arahan pula.

Syukurlah dipihak PAS tidak begitu, selepas keputusan untuk  bermuqabalah saja dengan UMNO diambil redalah kemarahan ahli-ahli. Pemimpin-pemimpin PAS yang galak sangat nak bermuzukarah  tempohari pun sudah mula slow, tahu juga takut dengan orang bawah. Biarlah UMNO yang terhegeh-hegeh sendirian sekarang, kita pula janganlah melepas anjing yang tersepit.

Berita tv hari-hari keluar cerita Muzakarah UMNO-PAS, naik meluat aku tengok.  Aku cuma nak mengingatkan, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Koh Tsu Kun pernah berkata, antara punca kekalahan BN dalam pilihanraya lalu adalah kerana kesombongan pemimpin-pemimpin UMNO. Koh Tsu Kun yang juga Pemangku Presiden Gerakan, ahli komponen BN sendiri boleh cakap begitu, mengapa pula ada kepimpinan PAS yang terhegeh-hegeh pergi jumpa pemimpin UMNO. Janganlah baru menang sedikit sudah merasa kuat sangat dan mula berlagak sombong.

Sebelum ini ramai ahli-ahli PAS yang meragui keikhlasan PKR dalam Pakatan Rakyat. Ramai yang berkata tidak mustahil ada pemimpin PKR yang akan kembali kepada UMNO macam Ezam Md. Nor kerana mereka memang berasal dari UMNO, tiba-tiba bukan pemimpin PKR yang lompat tetapi pemimpin PAS pula yang pergi berpeluk cium dengan UMNO. 

Dalam perkara ini yang menang awal-awal lagi adalah Pak Lah, dia berjaya memecahbelahkan PAS, berjaya menimbulkan tanda tanya kepada komponen Pakatan Rakyat, berjaya membuatkan rakyat lupa tentang kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang-barang, kes Datuk Sri Anwar Ibrahim dan bermacam-macam lagi masalah yang beliau hadapi dengan rakyat. Pak Lah tidaklah selemah seperti mana yang kita sangka.

Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS pergi belajar macam mana nak bercakap bohong dekat Pak Lah. Aku masih ingat janji Pak Lah tak akan menaikkan harga minyak lepas pilihanraya tetapi selepas itu beliau mungkir janji.  Kemudian beliau mengatakan tidak menetapkan lagi tarikh pilihanraya, tetapi keesokkan harinya beliau mengumumkan tarikh pilihanraya.

Itu hanya dua sahaja pembohongan yang Pak Lah buat yang masih kita ingat.  Entah berapa banyak lagi pembohongan yang beliau buat kita pun tak ingat. Ustaz Nasharudin pula pernah berkata orang memfitnah beliau bila ada orang mengatakan beliau membuat pertemuan dengan Pak Lah lepas pilihanraya.  Tetapi hari ini satu Malaysia tahu beliau dan kuncu-kuncunya memang ada membuat pertemuan dengan Pak Lah selepas pilihanraya.

Untuk perpaduan Melayu dan kepentingan Umat Islam konon. Mengapa setiap kali UMNO sakit baru nak bincang tentang perpaduan melayu? Selama ini UMNO menjaga kepentingan Islamkah?

Kalau Ustaz Nasharudin dan kuncu-kuncu nak kena liwat dengan UMNO pergilah sendiri, jangan bawa atau ajak orang lain bersama-sama. Ingat, ciri-ciri orang MUNAFIK adalah orang yang bila bercakap dia suka berbohong.

Aku berkesempatan menghadiri satu majlis anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.  Majlis tersebut telah diresmikan oleh Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng. Turut serta dalam majlis tersebut adalah Tuan Hj. Mohammad Sabu, Naib Presiden PAS.

Sewaktu berbual-bual dengan Ketua Menteri dan beberapa orang Pegawai Kerajaan Negeri Hj. Mohammad Sabu ada berkata, sekiranya beliau hidup dizaman dahulu mungkin dia akan bersama-sama dengan Rasyid Maidin masuk hutan mengangkat senjata menentang penjajah. Kata-kata beliau amat mengejutkan pegawai-pegawai kerajaan negeri tetapi tidak bagi Lim Guan Eng kerana beliau memahami maksud Hj. Mohammad Sabu.

Realiti sebenarnya, Rasyid Maidin adalah penentang penjajah yang menjajah negara kita, cuma beliau telah memilih cara mengangkat senjata dan masuk kedalam hutan. Kita telah diajar sejak dari bangku sekolah lagi oleh penjajah dan anak didik mereka bahawa Rasyid Maidin adalah komunis atau pun pengganas, seperti mana sekarang mereka menggelarkan para pejuang islam adalah pengganas.

Selepas berlakunya gencatan senjata Kerajaan Thailand telah mengurniakan beberapa ekar tanah diselatan Thailand untuk Rasyid Maidin dan anak buahnya mendirikan sebuah perkampungan. Diperkampungan tersebut telah didirikan masjid dan Rasyid Maidin sendiri menjadi guru Quran untuk anak-anak disitu. Yang menariknya mereka memilih cara hidup islam dan tidak pernah seorang pun diantara mereka yang murtad walau pun ada dikalangan mereka adalah mualaf. Kisah sebenar perjuangan mereka banyak disembunyikan daripada kita.

Aku tengok debat antara Ketua Umum Parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shabery Chek Menteri Penerangan semalam, aku tak naklah mengulas panjang.  Apa yang aku nak katakan kepada Datuk Shabery Chek, orang yang biasa makan babi, orang cakap tak boleh makan..haram, dia kata sedap, nak makan  juga. (kata orang tua-tua kalau bercakap air liur berbuih tepi mulut orang itu PEMBOHONG BESAR).

Aku dilahirkan semasa Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Perdana Menteri, memang aku tak ingat langsung tempoh tersebut. Yang aku ingat sedarnya aku dimuka bumi ini Perdana Menteri adalah Tun Abdul Razak. Waktu itu Timbalan Perdana Menteri adalah Tun Dr. Ismail, SIAPA SANGKA Tun Dr. Ismail meninggal dunia sewaktu memegang jawatan TPM.  Tempatnya sebagai TPM diambil oleh Tun Hussien Onn.

Semasa aku dalam darjah 4, suatu pagi aku bangun agak lewat.  Setahu aku hari itu adalah hari persekolahan, mengapa ibu ku tak mengejutkan aku untuk kesekolah.  Kemudian kakak aku memberitahu sekolah ditutup 2 hari, Perdana Menteri Tun A. Razak meninggal dunia diLondon.

Tun Hussien Onn mengambil alih tugas PM mengganti Tun A. Razak. Beliau melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri.  SIAPA SANGKA, Tun Dr. Mahathir akan dilantik menjadi TPM kerana beliau pernah dipecat dari UMNO semasa Tunku A. Rahman menjadi Perdana Menteri. Tun Hussien Onn tidak lama memegang jawatan Perdana Menteri, atas alasan kesihatan beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri. 

Perdana Menteri berikutnya tentulah Tun Dr. Mahathir, Timbalan Perdana Menteri waktu itu adalah Tan Sri Musa Hitam.  Kedua-kedua gandingan ini digelar 2M, begitu tinggi harapan rakyat ketika itu kepada gandingan 2M ini.  Banyak perkara penting berlaku ketika itu, antaranya SIAPA SANGKA  orang yang menentang kuat UMNO, Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menganggotai UMNO. Sejarah hitam negara juga berlaku waktu itu dengan terjadinya Tragedi Memali yang mengorbankan seorang  Ulama dan anak-anak muridnya.

SIAPA SANGKA Gandingan 2M yang begitu hebat dilihat pada awalnya mula dilanda krisis, ku sangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari.  Tan Sri Musa Hitam tiba-tiba meletak jawatan. Tun Mahathir melantik orang Melaka Tun Ghaffar Baba sebagai Timbalannya. Sewaktu gandingan ini bersamalah berlakunya pepecahan dalam UMNO hinggakan SIAPA SANGKA UMNO diharamkan oleh mahkamah. Tun Mahathir kemudiannya menubuhkan UMNO Baru.

SIAPA SANGKA UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir tidak dianggotai dan disokong oleh 2 orang bekas Perdana Menteri, Tunku A. Rahman dan Tun Hussein Onn.  UMNO telah berpecah 2 ketika itu, satu umno baru dan satu lagi parti melayu semangat 46.  Parti Semangat 46 diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, anak raja dari Kelantan. Parti Semangat 46 kemudiannya bergabung dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) membentuk Angkatan Perpaduan Ummah.

Tunku Abdul Rahman (PM yang pertama) waktu itu SIAPA SANGKA sanggup berada diatas pentas-pentas PAS berceramah untuk menentang UMNO dan BN, aku masih ingat sewaktu YB Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena) menjadi calon PAS kawasan Permatang Pauh menentang calon BN Anwar Ibrahim, Tunku turut berkempen untuk Mahfuz.  Aku menjadi pemandu Mahfuz ketika itu, ketika Tunku sampai hujan mula turun. Mahfuz menyuruh aku memimpin Tunku yang sudah uzur. Pergerakan Tunku yang perlahan dan hujan yang mula lebat meresahkan aku, Mahfuz membuat isyarat kepada aku menyuruh aku menggunakan tangan untukmenutup kepala Tunku, bangga juga aku ketika itu kerana dapat memegang kepala Bapa Kemerdekaan Malaysia. 

Berbalik kecerita asal, ku sangka hanya panas ditengahari rupanya banjir diwaktu petang, banjir yang menenggelamkan Tun Ghaffar. SIAPA SANGKA Tun Ghaffar kemudiannya melepaskan jawatan TPM setelah mendapati Datuk Sri Anwar Ibrahim akan menentangnya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Datuk Sri Anwar dilantik menjadi TPM selepas itu.  SIAPA SANGKA Anwar yang semasa mudanya seorang pemimpin belia, begitu aktif menentang kerajaan, pernah ditahan dibawah ISA, tiba-tiba menjadi pemimpin nombor 2 negara.

Anwar yang begitu hebat pengaruhnya dalam UMNO akhirnya SIAPA SANGKA tumbang juga ditangan Tun Mahathir.  Dengan membuat tuduhan-tuduhan yang bermacam-macam kepada Anwar, Mahathir akhirnya memecat Anwar dari Jawatan TPM dan UMNO, bukan itu sahaja, Mahathir menyumbat Anwar kedalam penjara selama 6 tahun.  Akibat dari pemecatan Anwar berlaku ledakan REFORMASI yang hebat hingga menyebabkan orang-orang melayu tidak memilih BN dalam pilihanraya umum ke 10.

Setelah memecat Anwar, Tun Mahathir memilih Datuk Seri Abdullah Badawi (PAK LAH) menjadi timbalannya, mungkin menyedari pengaruhnya semakin terhakis Tun Mahathir akhirnya memilih untuk berhenti.  Maka naiklah  Datuk Abdullah Badawi, cucu ulama, anak orang alim menjadi Perdana Menteri. Datuk Abdullah Badawi yang juga dikenali dengan panggilan Pak Lah memilih anak kepada Perdana Menteri Ke 2, Tun Abdul Razak iaitu Datuk Najib menjadi Timbalannya.

SIAPA SANGKA Pak Lah akan menjadi PM, beliau pernah dilucutkan jawatan menteri oleh Tun Mahathir kerana menyokong Tengku Razaleigh, tetapi akhirnya kembali kepada UMNO. Harapan rakyat Malaysia terlalu tinggi kepada Pak Lah, beliau digelar Mr. Clean kerana karektornya.  Anak orang alim, cucu Ulama besar pula, hasilnya BN mendapat kemenangan besar dalam pilihanraya umum ke ll. 

Rupa-rupanya harapan tinggal harapan, Pak Lah ternyata lemah. Negara yang diamanahkan kepada beliau dikontrol oleh anak menantu, rakyat makin susah ,ekonomi makin teruk.  Kusangka hanya banjir diwaktu petang, rupanya TSUNAMI melanda diwaktu malam. Rakyat akhirnya mengajar Pak Lah terutamanya kaum India dan Cina dalam pilihanraya umum ke 12.  SIAPA SANGKA 6 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan jatuh ketangan pembangkang.

Pak Lah akhirnya berjanji akan melepaskan jawatan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan Jun 2010. Bolehkah Datuk Najib menjadi Perdana Menteri tak dapat diramalkan kerana Datuk Seri Najib juga seorang yang bermasalah.  Setelah Pak Lah mendapat TSUNAMI mungkin Najib akan menerima KIAMAT pula.  Wallahua’lam. 

        

Dah lama rasanya aku takmenonton filem hindustan, tapi hari ini dengan masa yang terluang aku dapat menonton sebuah filem yang bagi aku amat menarik sekali, ianya mengisahkan seorang polis dan anak-anak buahnya yang begitu jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.

Sudah menjadi resam kalau ada yang baik maka adalah juga orang yang jahat.  Polis yang baik tadi terpaksa berdepan dengan polis yang jahat yang bertuankan seorang ahli politik.  Ahli politik tersebut cuba menggunakan polis yang baik itu untuk menutup suatu bukti kegiatan buruknya, diringkaskan setelah bersusah payah dan beberapa anak buahnya mati polis baik tadi berjaya mengheret ahli politik dan kuncu-kuncunya kemahkamah dan mereka dihukum penjara.

Yang aku ingin tanyakan disini bolehkah pengarah-pengarah atau pengeluar-pengeluar filem dinegara kita boleh membuat filem seperti itu? Tidak hanya membuat filem-filem cinta, seram atau entah apa-apa punya filem. Cubalah buat filem yang penuh dengan realiti kehidupan, contohnya kakitangan kerajaan yang rasuah atau ahli-ahli politik yang menyeleweng, jangahlah asyik nak mengampu sebelah pihak sahaja.

Demo PROTES yang diadakan baru-baru ini ternyata gagal, ianya tidak menjadi suatu demontrasi tapi lebih merupakan majlis ceramah atau acara bersantai dihujung minggu. Bagaimana boleh terjadi Pemimpin PROTES Dr. Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen PAS boleh membenarkan suatu konsert underground  diadakan dalam majlis tersebut.  Dr. Hatta ternyata tidak menghormati ustaz-ustaz PAS yang datang dari jauh maupun dekat untuk menghadiri demo tersebut.

Pemimpin PROTES termasuk Dr. Hatta sendiri  harus belajar dengan Tuan Hj. Mohammad Sabu yang mengetuai BERSIH dengah begitu berjaya, malah Ketua Menteri Pulau Pinang  Encik Lim Guan Eng sendiri pernah mengatakan kepada pemimpin BN Pulau Pinang kalau nak belajar demo belajarlah dekat Hj. Mohammad Sabu.

Sebelum demo BERSIH diadakan Hj. Mohammad Sabu berjalan satu Malaysia berkempen untuk demo tersebut.  Malah beliau mendapat kerjasama dari Presiden PAS Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang untuk mengeluarkan arahan kepada ahli-ahli supaya turut serta, tidak seperti PROTES yang  tarikhnya sahaja beberapa kali ditukar.  Semasa hari demo BERSIH dijalankan Hj. Mohammad Sabu berpesan dahulu kepada anak-anak buahnya supaya menjaga akhlak masing-masing, jangan ganggu orang ramai yang tidak terlibat, jangan patahkan pokok-pokok kayu, sekiranya ada benda yang menghalang perjalanan tolong alihkan.  Inilah akhlak seorang pemimpin islam, bukannya membenarkan konsert underground diadakan.  Diharap perkara ini tidak terjadi lagi dimasa hadapan. 

Mat Sabu boleh takkan kita tak boleh.

seseorang yang mendapat kenikmatan diatas muka bumi tetapi kufur terhadap Allah swt akan ditanya dihari akhirat nanti adakah kamu mendapat kenikmatan semasa didunia dulu, ia akan menjawap dia tidak mendapat apa-apa kenikmatan, akan tetapi orang yang semasa didunia sentiasa diuji dengan kesusahan tetapi tetap beriman kepada Allah swt bila ditanya soalan yang sama dia akan menjawap dia cukup mendapat kenikmatan semasa didunia dahulu…renungkan..