Mereka sibuk membahagi ‘Ghanimah’..?

Posted in Uncategorized on November 25, 2009 by penjualubat

Pemuda UMNO Kelantan menyifatkan Pas di negeri tersebut tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini tetapi lebih sibuk membahagikan ‘harta perang’. Ketuanya, Anuar Safian berkata, pemimpin parti terbabit pada masa kini menjadikan kuasa yang dimiliki mereka untuk mengumpul aset dan keuntungan.

Itu cerita di Kelantan. Saya pula ingin menceritakan pertemuan saya dengan seorang sahabat lama yang juga ahli atau aktivis PAS yang pernah mempunyai jawatan didalam PAS disebuah negeri memberi pandangan yang hampir sama dengan Ketua Pemuda UMNO Kelantan tersebut.

Pada mulanya saya hanya bertanya apakah jawatan didalam parti yang dipegangnya sekarang, beliau menjawab yang beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan sekarang dan beliau memang tidak berminat lagi untuk memegang apa-apa jawatan. Pemimpin-pemimpin PAS sekarang sudah banyak yang tidak ikhlas didalam perjuangan seperti dahulu, mereka sekarang lebih sibuk membahagi ‘Ghanimah’ daripada memikir tentang perjuangan Islam, menurut beliau lagi.

Benarkah dakwaan tersebut dan bolehkah kita bersetuju dengan pandangan beliau? Manakala merujuk kepada pandangan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, beliau sebenarnya tidak layak langsung untuk berkata begitu kerana perangai UMNO lebih teruk lagi didalam membahagikan kekayaan sesama sendiri.


Orang-orang bawahan seperti ini dilihat lebih ikhlas didalam perjuangan berbanding dengan sesetengah pemimpin PAS..

Kenapa Barat Mahu Kekalkan Diktator Didunia Ketiga..Hj. Mohamad Sabu

Posted in Uncategorized on November 24, 2009 by penjualubat

Artikel ini ditulis oleh Hj. Mohamad Sabu dan diambil dari Detikdaily.

Eropah melalui zaman gelap begitu lama. Perang antara negara mereka sering terjadi samada pertelingkahan sempadan, perkauman atau kedaulatan bahasa. Jerman, Perancis dan Britain sentiasa berusaha supaya negara dan bangsa mereka dilihat jagoh dan pelindung kepada bangsa-bangsa di Eropah.

Untuk merebut “Supermercy” dan ketuanan bagi Eropah maka terjadi peperangan yang paling besar diantara mereka sehingga tercetusnya perang dunia yang pertama.

Britain yang menjadi kuasa utama “Sun Never Set at British Empire” sentiasa bersaing dengan Perancis untuk menjadi kuasa utama di Eropah dan di dunia. Gerakkan sosialis untuk menuntut keadilan terutama debu taburan dan kenikmatan ekonomi bermula secara hebat diakhir kurun ke-18 dan di awal kurun ke-19.

Revolusi industri memainkan peranan untuk memacu kemajuan Eropah dalam bidang industri pembuatan dan juga pertanian. Revolusi rakyat di Eropah Timur telah berjaya merubah sistem sosial dan taburan ekonomi di Eropah Timur dan juga Eropah Barat.

Kebangkitan kuasa baru (kuasa rakyat) di Soviet, telah merubah peta polar kedudukkan di Eropah samada sosial masyarakat atau taburan ekonomi dan pendapatan rakyat. Untuk menyekat kemaraan komunis atau sosialis ala-ala Soviet dan Eropah Timur, maka Negara England, Jerman dan juga Perancis memberi kebebasan kepada gerakkan buruh dinegara mereka dan segala tuntutan kaum pekerja dan juga kaum petani cuba dilayan sebaik mungkin.

Hasil perubahan sikap golongan elit pemerintah di Eropah Barat, dapatlah mereka menahan kemaraan komunis atau sosialis untuk menguasai Negara-negara mereka.

Eropah mencipta kejayaan hebat dalam kemajuan kebendaan dan keadilan social mengikut acuan mereka dapat diterjemahkan.Negara blok Soviet pula terpaksa membuat reformasi terhadap system socialis mereka atau pemimpin yang menyeleweng dari ajaran socialis terpaksa dirubah dan ditukarkan.

Perubahan besar berlaku dizaman Gorbachev dengan konsep dan slogan “Glasnoth dan Perestrovka” membawa perubahan sistem politik dan kehidupan socialis di Soviet Union. Pembaharuan yang dibuat oleh Mikhail Gorbachev terutama dalam sistem politik dan penguasaan Soviet, melahirkan negara-negara baru CIS yang kebanyakkan penduduknya beragama Islam.

Kazakstan, Azerbaijan, Kirzystan dan Turkmenistan diantara Negara baru yang majoriti adalah penduduk beragama Islam. Di Romania pula rakyat mereka bangun membuat perubahan.

Mereka bangun dan membuat revolusi kedua dengan menjatuhkan presiden mereka (Nicolae Ceausescu), setelah mereka melihat presiden mereka menyalahgunakan mandat rakyat dalam pemerintahan. Jauh sekali daripada hidup sebagai seorang sosialis bahkan presiden Romania itu hidup sebagai seorang Dzar yang mengumpul kekayaan sebanyaknya semasa berkuasa.

Tokoh kesatuan Sekerja (Malisa) mengambil-alih pemerintahan dan cuba membawa perubahan di Poland dan juga di Eropah itu sendiri. Untuk mempertahankan kuasa dominasi di Eropah dan di dunia, Negara-negara Eropah Barat dan Eropah Timur (diketuai oleh Russia) berlumba untuk menunjukkan bahawa sistem dan cara mereka adalah lebih baik untuk memberi keselesaan kepada rakyat dan memperbaiki taraf social rakyat mereka.

Soviet kali ini muncul menjadi kuasa besar ekonomi di Eropah. Kuasa minyak dan gas yang dimiliki oleh mereka digunakan sebagai “Bargaining Power” dengan negara-negara pakatan NATO atau Eropah Barat.

Soviet cuba untuk mengekalkan negara mereka sebagai kuasa persenjataan, pada masa yang sama mereka muncul sebagai kuasa baru dalam bidang ekonomi. Negara Eropah terutamanya Jerman, Perancis dan Britain berusaha semaksima mungkin untuk memberi keadilan dan ekonomi kepada rakyat mereka dan rakyat Eropah. Langkah yang sama diambil oleh Soviet untuk cuba membangunkan ekonomi dan keadilan social kepada rakyat mereka.

Kehidupan Lord dan rakyat marhain miskin dirapatkan – jurang kaya miskin dapat dikurangkan tidak seperti dizaman kehidupan sebelum perang dunia pertama.

Kelas Lord dan Dzar yang disokong oleh golongan agama menikmati hidup yang amat berlainan dengan rakyat marhain yang berkebanyakkan. Pemerintahan Eropah Barat dan kumpulan Soviet berusaha untuk memberi keadilan kepada penduduk dan rakyat dinegara mereka, sebaliknya mereka masih bersikap penjajah kepada negara-negara dunia ketiga. Mereka masih bersikap menindas dan menyokong penindas di luar dunia mereka khasnya di negara-negara umat Islam dan di dunia ketiga.

Negara dan masyarakat Eropah amat mengalu-ngalukan perubahan status social dan nilai demokrasi di negara blok sosialis dan komunis tetapi mereka masih menyokong pemerintahan diktator di negara-negara umat Islam.

Negara-negara beraja di Teluk yang tidak pernah kenal dengan demokrasi, pemerintah negara-negara anarki ini masih didokong oleh negara-negara Eropah khasnya Britain dan Perancis.

Demokrasi, human right, keadilan ekonomi diperjuangkan dan dilaksanakan dinegara mereka tetapi mereka membenarkan dan menyokong negara diktator di negara-negara umat Islam dan juga negara-negara dunia ketiga.

Rakyat Eropah sama ada Eropah Timur dan Eropah Barat telah membuat perubahan demi perubahan untuk memberi keselasaan kepada rakyat mereka, mengekalkan keegoan kuasa mereka. Mereka berusaha membuat perubahan mengikut acuan fikiran dan analisa mereka. Negara umat Islam dan umatnya dipandu dengan kitab Al-Quran, Hadith dan petunjuk Rasul-Rasul dan khasnya Nabi Muhammad s.a.w dan perjalanan sirah yang amat-amat tinggi khazanah serta nilai, tetapi kenapa negara orang Islam paling mundur, rasuah paling tinggi, taburan harta dan kekayaan paling tidak seimbang. Jurang kaya-miskin begitu ketara – kenapa dan mengapa??? Saya akan cuba terus memberi pandangan di keluaran akan datang.

Tuan Guru Nik Aziz boleh ditegur..

Posted in Uncategorized on November 23, 2009 by penjualubat

Diberitakan Presiden PAS, Ustaz Hj. Abdul Hadi Awang dan beberapa orang lagi pemimpin PAS telah mengemukakan cadangan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz b. Nik Mat agar menasihatkan menantu beliau, Ir. Abdul Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya sebagai Ketua Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Tuan Guru Nik Aziz kemudiannya bersetuju untuk menasihati menantunya bagi menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri sekaligus bagi menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

Tidak lama selepas itu Ir. Abdul Ariffahmi yang juga merupakan seorang Exco Pemuda PAS Kelantan diberitakan telah mengumumkan perletakan jawatannya. Beliau mula menjadi kontroversi apabila bertindak memecat seorang pegawai perhubungan awam PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga merupakan pegawai kanan kepada seorang Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa.

Hebatnya Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, tidak pentingkan diri, boleh dikritik, boleh ditegur ataupun dinasihat. Sedikit pun tidak melompat atau melenting seperti sesetengah pemimpin PAS.

Pemikiran Hj. Mohamad Sabu..

Posted in Uncategorized on November 22, 2009 by penjualubat

Siapa tidak kenal dengan beliau? Ada yang menggelarkan beliau sebagai ‘Tokoh Rakyat Marhaen’, ada juga menggelarkanya sebagai ‘Tokoh Sosialis Islam’. Walaupun rencana ini telah disiarkan didalam beberapa blog, rasanya satu kerugian jika rencana ini tidak disiarkan didalam blog ini..

Lim Hong Siang-Editor MerdekaReview Edisi bahasa Melayu.

Sekali lagi, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang “menghebohkan”, apabila mendakwa bahawa “orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng” (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa “agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)”.
Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak “janggal” dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak “membeliakkan mata” semua orang. Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang “menghiburkan”.

“Agama sebagai candu”

Mat Sabu yang diundang sebagai ahli panel untuk perbincangan “Kuasa Ketiga?”, dalam forum “Sistem Dua Parti di Malaysia: Suatu Analisa Kritikal” anjuran PSM pada 14 November itu, terpaksa memberi penjelasan apabila S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM mendakwa bahawa Mat Sabu pernah menyetujui bahawa “agama itu candu masyarakat”.

“Agama sebagai candu masyarakat. Persetujuan saya pada masa itu bersyarat, bukan secara umum. Memang kalau kita lihat, pada akhir tahun 1800 dan awal tahun 1900, kebangkitan industri di Eropah melahirkan jutawan-jutawan, kekayaan-kekayaan yang dimiliki beberapa orang, terutama sekali pemerintah Eropah, raja-raja dan sebagainya,” jelas Mat Sabu.

“Untuk mempertahankan kuasa mereka, maka mereka menggunakan paderi-paderi untuk membawa orang miskin ke gereja, menyanyi lagu ketuhanan pada hari minggu. Kemudian, pada masa yang sama paderi-paderi ini menyokong pemerintah yang zalim, melintah darat…”

“Oleh itu, untuk membuat satu perubahan, maka kuasa paderi yang mencandukan rakyat itu perlu dibanteras dahulu. Itu persetujuan yang saya kata. Pandangan Karl Marx dengan keadaan pada waktu itu, kalau saya hidup, saya pun bersetuju dengan beliau!” Penjelasannya menggelakkan satu dewan.

Penyalahgunaan agama.

Mat Sabu menyambung, “penyalahgunaan agama ini sentiasa berlaku. Saya sebagai orang Islam, saya tetap berpegang kepada ajaran Islam. Saya tetap mengatakan ajaran al-Quran itu begitu indah.”

Beliau seterusnya memetik ayat daripada al-Quran sebagai contoh, “Apakah kamu tidak melihat orang yang mendustakan agama, membohongi ugama…”

“Di hujung ayat itu menyebut, celakalah orang yang sembahyang, orang yang tidak memberi makan kepada orang miskin, orang yang mengherdik anak yatim!”

Mat Sabu menjelaskan, “Ini al-Quran, iaitu satu pengajaran, bahawa walaupun kamu pergi ke masjid, bersembahyang dan sebagainya, tetapi tak peduli orang miskin, tak membantu anak yatim. Allah menyebut, celaka kamu!”

Jurang kaya-miskin paling ketara di negara Islam.

Mat Sabu bukan sahaja terkenal sebagai penceramah, tetapi sering terlibat dalam demonstrasi, terutamanya ketika kenaikan harga minyak beberapa tahun yang lalu.

Beliau bersambung, “tetapi kamu lihat sekarang di dunia, di negara Islamlah kaya-miskin paling ketara. Kenapa jadi begitu?”

Mat Sabu kemudian mengambil contoh Pakistan, Indonesia, Bangladesh, malah di Mesir yang memperlihatkan betapa dahsyatnya perbezaan kaya-miskin di negara-negara tersebut, walaupun penuh dengan ustaz dan imam.

“Di Mesir….ribuan ustaz. (tapi) orang duduk di atas kubur, (sebanyak) tiga juta orang. Dia tunggu hari nak masuk kubur!”

“Agama itu indah, tetapi penyalahgunaan agama itu berlaku dari semasa ke semasa,” simpulnya.

Angka itu untuk syok-sendiri.

Mat Sabu juga mempertikaikan angka “kadar pertumbuhan” sebagai kayu ukur taraf hidup masyarakat. Beliau mendakwa bahawa kadar pertumbuhan yang tinggi di negara dunia ketiga tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar, kerana mereka yang berpendapatan 10 rupee sehari, mungkin hanya dapat 12 rupee biarpun angka pertumbuhan melonjak.

“Angka-angka yang dipamerkan kepada kita selalunya untuk kita syok sendiri, padahal jauh daripada keadilan sosial,” seterusnya berkata bagaimana situasi masyarakat dunia ketiga seperti yang digambarkan dalam filem Slumdog Millionaire.

“Sebab itu, keadilan sosial ini mesti menjadi agenda semua pihak pada masa yang akan datang,” tegasnya. Beliau berkongsi pandangannya bahawa perubahan pemikiran pada 8 Mac 2008, yang diibaratkan sebagai “tsunami politik”, mungkin boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi belum cukup untuk melakukan reformasi sosial.

“Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh. Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat. Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat… (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta…serupa!”Beliau menambah, “bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!”

Setuju untuk menjatuhkan BN.

“Sebab kita mahu berlaku perubahan, dan pada masa yang sama berlaku perubahan sosial. Ini yang paling penting!”

Walau bagaimanapun, Mat Sabu mengaku, “… saya setuju BN (di-)jatuhkan. Saya setuju. Sebab bila rakyat jatuhkan sebuah kerajaan yang menyeleweng, bila kerajaan baru naik, menyeleweng, mudah rakyat jatuhkan! Itu yang kita harapkan.”

“Oleh itu, kalau Pakatan Rakyat naik memerintah, jangan berangan nak memerintah 50 tahun. Barangkali satu penggal pun payah, kerana rakyat sudah mula criticize…” Mat Sabu menyusuli dengan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, “bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee…”Perubahan pemikiran masyarakat Melayu

Ketika mengulas perubahan pemikiran dalam masyarakat Melayu, Mat Sabu berkata, “bila rakyat sudah buang satu kepercayaan karut, yang misalnya satu parti itu tidak boleh jatuh sampai bila-bila, ini perubahan yang kita alu-alukan.”

“Memang nak ubah pemikiran rakyat cukup susah, tambahan pula di masyarakat orang Melayu. (Di masyarakat Melayu) Hang Tuah ditabalkan sebagai hero, Hang Tuah yang mengorbankan kekasihnya sendiri, diberikan kepada Raja, kemudian diberi sirih supaya lupa pada dirinya…ini hero.”

Beliau sambung, “Ini bukan hero, ini binatang pondan. Sepatutnya kalau kita hero, tahi mata harimau lagi ku buang, itu pula kekasih… Inilah hero yang ditabalkan dalam masyarakat Melayu.”Untuk mengubah pemikiran masyarakat Melayu, Mat Sabu berpendapat bahawa sejarah perlu diperbetulkan, sama ada sejarah Hang Tuah mahupun sejarah kemerdekaaan.

Berterima kasih kepada Chin Peng.

Beliau menceritakan pengalamannya ketika berceramah di sebuah masjid yang dihadiri pegawai tentera. “Di antaranya saya menyebut, kita berterima kasih kepada Chin Peng (gambar kiri) kerana membunuh Henry Gurney. Habis masjid tu saya nampak terkejut. Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng?”

“Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya,” jelasnya.

“Dan Chin Peng bunuh orang seperti ini. Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!”

Beliau menyimpul, “sebab itulah hal sejarah, perjuangan rakyat penting diperbaharui. Sebab itu mereka amat amat takut Chin Peng kembali… bukan soal keganasan dan sebagainya, sebab kalau Chin Peng kembali, ceramah pertamanya, kalau boleh kita nak buat di Setiawan…Saya yakin lebih daripada setengah juta rakyat akan hadir!”"Kita dalam perjuangan ini, kadang-kala tidak tercapai dalam masa hidup, akan disambung oleh generasi yang lain. Memanglah saudara nak idealis sosialis, saya nak Islam yang tulen. Tapi kita boleh berbincang, kita boleh bertemu, yang utama sekali mestilah ia berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan elit.”

Beliau sempat menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap prestasi Pakatan Rakyat di beberapa negeri, dengan terus terang beliau berkata, “Di sudut struktur buang kepentingan elit tak banyak berubah. Hanya bertukar menteri besar, bertukar exco, tapi style kepimpinan tidak berubah!”

Maskot Rasuah angkat sumpah..

Posted in Uncategorized on November 21, 2009 by penjualubat

MASKOT RASUAH..Tan Sri Isa Samad telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bagan Pinang berikutan kemenangannya pada pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober lepas.

Isa Samad sebelum ini pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan pernah juga menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau juga adalah Naib Presiden UMNO sebelum digantung keahlian UMNOnya selama 3 tahun atas tuduhan terbabit dengan rasuah politik. Beliau sekarang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Telok Kemang.

Maskot Rasuah is coming back..Tahniah kepada pemimpin, ahli dan penyokong UMNO..

Depa suruh Walak..

Posted in Uncategorized on November 20, 2009 by penjualubat

Akhbar hari ini menceritakan tentang seorang ADUN PAS di Kelantan yang dikatakan memiliki aset berjumlah RM3 juta. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh bekas isteri kedua ADUN berkenaan ketika perbicaraan kes tuntutan mutaahnya disebuah Mahkamah Tinggi Syariah.

Menurut bekas isterinya itu lagi, bekas suaminya merupakan seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai beberapa ladang getah di Gua Musang. Dia juga pernah diberitahu oleh bekas suaminya yang beliau mempunyai banyak projek tanah malah akaun Public Mutual Bhd. miliknya sahaja bernilai RM1 juta. Selain dari itu bekas suaminya juga mempunyai banyak syarikat perniagaan termasuk di China yang menggambarkan kekayaannya.

Kalau betullah apa yang dicerita ni.. Ya Allah..banyaknya duit, banyaknya harta..sebelum jadi ADUN dia ni memang sudah kaya ka atau bagaimana? Dahulu yang selalu kena kes-kes macam ni hanya pemimpin-pemimpin UMNO, macam mana ADUN PAS pula boleh kena kes macam ni? Harap-harap janganlah jadi seperti ada orang selalu sebut..

Depa suruh ikhlas..
Depa pakai E Class..
Depa suruh Walak..
Depa ambil balak..

Memali 24 tahun..

Posted in Uncategorized on November 20, 2009 by penjualubat

Ribuan hadir di Memali semalam sempena program Hari Memperingati Para Syuhada’ dalam peristiwa pembunuhan kejam 14 orang ahli-ahli dan penyokong PAS oleh pasukan keselamatan yang menjadi suruhan Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh UMNO pada 19 November, 1985.

Program kali ini membawa tema ‘Memali difitnah lagi’ berikutan tindakan sebuah akhbar baru-baru ini yang menggambarkan para syuhada’ Memali sebagai sesat.

Dari perbualan orang ramai khabarnya sudah lama tidak ada sebarang program besar seperti semalam di Memali, ahli-ahli dan pemimpin PAS seolah-olah sudah lupa kepada Memali. Memali yang sentiasa dikenang oleh Almarhum Ustaz Fadzil Nor semasa hayatnya semakin dilupakan selepas kembalinya kerahmatullah mantan Presiden PAS tersebut.

Zaman As Syahid Ibrahim Libya masih hidup adalah zaman kegelapan bagi PAS, PAS memang tidak mendapat tempat dihati rakyat ketika itu. Malah selepas As Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya dibunuh dengan zalim di Memali, PAS masih tidak dapat memenangi Parlimen Baling dan DUN sekitarnya ketika itu.

Sekarang PAS sudah memerintah Negeri Kedah. Ahli Parlimen, ADUN, Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri, Ahli Majlis, JKKK dan sebagainya majoriti orang PAS, mungkin kesibukkan dengan tugas telah membuatkan mereka lupa kepada Memali.

Tuan Guru Nik Aziz..pandangan Mat Sabu..

Posted in Uncategorized on November 19, 2009 by penjualubat

Mengunjungi rumah seorang sahabat di Bintulu, kebanyakkan mereka orang Terengganu yang bekerja disana.

Dimana pun beliau dikenali, berbual dengan pekerja-pekerja petroleum di Airport Miri sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Tiga hari saya bersama Hj. Mohamad Sabu berada di Sarawak, banyak perkara yang dapat dibualkan dengannya semasa disana. Antaranya mengenai tindakan beberapa pihak yang mempertikaikan pembiayaan seorang individu terhadap Tuan Guru Nik Aziz b. Nik Mat untuk pergi mengerjakan ibadah haji. Menurut Hj. Mohamad Sabu, beliau bukan sahaja tidak bersetuju dengan pembiayaan yang Tuan Guru Nik Aziz terima malah beliau juga mengatakan penghargaannya kepada mereka yang telah mengkritik Menteri Besar Kelantan tersebut.

Tiada yang aneh bila Hj. Mohamad Sabu berpandangan sedemikian kerana beliau merupakan seorang yang memang berpandangan jauh. Saya mengimbas kembali kepada ceramah beliau suatu ketika dahulu dengan menyebut beliau juga pernah mempertikaikan tindakan Ananda Krishnan yang telah menghadiahkan sebuah kapal mewah kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi.

Beliau bersetuju yang keadaannya juga hampir sama dengan pembiayaan yang diterima oleh Tuan Guru Nik Aziz tersebut.

Orang yang mempunyai kedudukan apabila mendapat sebarang pembiayaan atau hadiah dari individu tertentu, individu tersebut selalunya mempunyai niat atau hasrat tertentu, oleh itu sebagai pemimpin, perkara seperti ini haruslah dielakkan. Kita tidak menuduh Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang yang mudah dibeli atau disogok dengan kebendaan tetapi sebagai manusia biasa, didalam keadaan begini Tuan Guru Nik Aziz telah tersilap atau mungkin tidak sedar tentang perkara ini. menurut beliau lagi.

MB Kelantan tak pandai tadbir negeri..

Posted in Uncategorized on November 13, 2009 by penjualubat

Seorang sahabat yang mendengar Radio Kedah semalam menceritakan beliau mendengar Timbalan Perdana Menteri, Mahyuddin Yasin sebagai berkata, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz b. Nik Mat hanya pandai berdoa sahaja tetapi tidak pandai mentadbir negeri.

Menteri Besar Kelantan memang pandai berdoa sahaja dan tidak pandai mentadbir negeri sebab beliau tidak pandai memberi atau menerima rasuah.

Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Isa Samad pula memang pakar tentang rasuah, sebab itu mereka memang pandai mentadbir negeri.

Presiden PAS bersikap ambil mudah..

Posted in Uncategorized on November 12, 2009 by penjualubat

PAS mungkin kehilangan penguasaan didua buah negeri, Kedah dan Kelantan pada Pilihanraya Umum ke 13 jika parti itu gagal meraih kembali kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Presiden PAS, Hj. Abdul Hadi Awang, menurut kata seorang penganalisis politik Prof. Dr. Samsul Amri Baharuddin.

Beliau juga menyebut yang Presiden PAS hanya mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

Penganalisis politik tersebut berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas baru-baru ini.

Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun telah hilang kepercayaan terhadap Presiden PAS tersebut berbanding hanya 67 yang menyokong. Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah juga menyimpulkan bahawa 50 peratus masalah parti itu adalah berpunca dari kepimpinan.

Mungkin akan ada kepimpinan PAS yang menyokong Presiden PAS tersebut akan berkata ini semua adalah fitnah malah Presiden PAS sendiri ketika mengulas hasil kajian tersebut menunjukkan sikap tidak sensitif atau mengambil mudah dengan berkata yang kajian tersebut tidak terperinci.